Perpustakaan Digital Melaka pada Hari Wesak
Thursday, 2025
Perpustakaan Digital Melaka dibuka hari ini sempena Hari Wesak, dan sambutannya sangat menggalakkan
Ramai pengunjung hadir khususnya pelajar untuk memanfaatkan kemudahan yang disediakan dari ruang pembacaan selesa hingga akses digital

- Published in Aktiviti, Aktiviti 2025, Arkib Aktiviti
No Comments
Program Nilam & Sahabat Bahasa @ SMK Paya Rumput
Thursday, 2025
PERPUSTAM berkesempatan turun padang ke SMK Paya Rumput pada 7 & 8 Mei 2025 sempena Program NILAM & Sahabat Bahasa.
Macam-macam aktiviti menarik kami bawa untuk pelajar-pelajar:
Terima kasih SMK Paya Rumput atas jemputan dan layanan mesra. Jumpa lagi di program akan datang!

- Published in Aktiviti, Aktiviti 2025, Arkib Aktiviti
MAJLIS PELUNCURAN NILAM & SAHABAT BAHASA
Thursday, 2025
7 MEI 2025 | RABU
Majlis Peluncuran Program NILAM dan Sahabat Bahasa anjuran Pusat Sumber Sekolah dan Bidang Bahasa SMK Paya Rumput telah berlangsung dengan penuh meriah di Dataran Prissma.
Majlis ini telah dirasmikan oleh En. Mohamed Aizammuddy bin Mohamed Idris, Pengarah Perbadanan Perpustakaan Awam Melaka (PERPUSTAM), yang turut menyampaikan amanat penting berkaitan budaya membaca dan peranan bahasa dalam pembentukan jati diri pelajar.
Pelaksanaan program ini diharap dapat menyemarakkan lagi budaya ilmu dan memperkukuh jati diri pelajar selaras dengan aspirasi Malaysia MADANI dan inisiatif Melaka Membaca.

- Published in Aktiviti, Aktiviti 2025, Arkib Aktiviti
Lawatan daripada Tadika Galaksi
Thursday, 2025
7 MEI 2025 | RABU
Hari ini suasana di PERPUSTAM jadi luar biasa dan meriah dengan kehadiran adik-adik comel dari Tadika Galaksi yang datang melawat kami.

Dari awal pagi, gelak tawa dan keceriaan mereka menceriakan segenap ruang. Dengan semangat ingin tahu yang tinggi, mereka begitu teruja menyertai pelbagai aktiviti menarik yang kami sediakan.


Antara aktiviti yang paling mendapat sambutan ialah :
Seronok tengok wajah-wajah ceria mereka yang tak sabar nak belajar dan meneroka dunia sekeliling mereka.
Terima kasih yang tidak terhingga kepada para guru dan warga Tadika Galaksi atas kunjungan ini. Semoga kenangan manis hari ini menjadi inspirasi buat adik-adik terus belajar dan bercita-cita tinggi.

Jumpa lagi di lain masa! 

- Published in Aktiviti, Aktiviti 2025, Arkib Aktiviti
Karnival STEM X Iskandar 2025 bertempat di Sekolah Menengah Kebangsaan Iskandar Shah, Melaka
Tuesday, 2025
30 APRIL 2025 | RABU
PERPUSTAM telah dijemput bagi mengadakan pameran bersempena Karnival STEM X Iskandar 2025 bertempat di Sekolah Menengah Kebangsaan Iskandar Shah, Melaka.
Pelbagai aktiviti menarik dijalankan antaranya :
Terima kasih kepada pihak sekolah atas jemputan ini.

- Published in Aktiviti, Aktiviti 2025, Arkib Aktiviti
Minggu Bahasa Melayu Peringkat Sekolah bertempat di Sekolah Kebangsaan Tangga Batu, Melaka
Tuesday, 2025
25 APRIL 2025 | JUMAAT
PERPUSTAM telah dijemput bagi mengadakan pameran bersempena Minggu Bahasa Melayu Peringkat Sekolah bertempat di Sekolah Kebangsaan Tangga Batu, Melaka.
Pelbagai aktiviti menarik dijalankan antaranya :
Terima kasih kepada pihak sekolah atas jemputan ini.

- Published in Aktiviti, Aktiviti 2025, Arkib Aktiviti
Peminjam Aktif Terbanyak
Tuesday, 2025
Usai Majlis Peluncuran Anugerah Melaka Membaca Sempena Program Jom Baca Bersama 10 Minit Peringkat Negeri Melaka Tahun 2025 telah diadakan sesi penyampaian hadiah kepada Pembaca Aktif Tahun 2024 bagi memberi penghargaan kepada para peminjam buku di seluruh rangkaian Perbadanan Perpustakaan Awam Melaka. PERPUSTAM mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan dan tahniah kepada :
Semoga penghargaan ini mampu menjadi pendorong untuk mereka istiqamah dalam menjadikan Perpustakaan sebagai pusat pencarian ilmu nombor satu berbanding yang lain.

- Published in Aktiviti, Aktiviti 2025, Arkib Aktiviti
Kursus Artificial Intelligence (AI)
Tuesday, 2025
Dalam kesibukan dan kepadatan program yang diadakan bersempena Program Jom Baca Bersama 10 Minit Peringkat Negeri Melaka Tahun 2025 telah diselitkan juga satu Kursus Artificial Intelligence (AI) bertempat di Perpustakaan Digital.
Kursus ini telah disampaikan oleh seorang pakar dalam bidang teknologi dan kecerdasan buatan iaitu Encik Muhammad Syahid bin Hasenan dari Melaka ICT Holding Sdn Bhd. Sepanjang kursus ini beliau telah berkongsi pelbagai ilmu dan pandangan bernas berkaitan AI serta peranannya dalam pembangunan kandungan pembelajaran dan budaya membaca.
Kursus ini bukan sahaja membuka mata para peserta tentang potensi besar AI, malah turut menghubungkan tema teknologi dengan dunia literasi secara kreatif dan inovatif.
Terima kasih kepada semua peserta yang hadir serta pihak urusetia yang menjayakan kursus ini. Semoga pendedahan ini menjadi titik permulaan ke arah masyarakat celik teknologi dan celik ilmu.

- Published in Aktiviti, Aktiviti 2025, Arkib Aktiviti
Bicara Bedah Buku
Tuesday, 2025
Pengisian yang menjadi satu kemestian apabila mengadakan Program Jom Baca Bersama 10 Minit ialah Bicara Bedah Buku. Ia adalah satu ruang yang mana seseorang penulis buku mengulas atau membedah buku yang ditulis untuk memberi pemahaman yang lebih lanjut dan mendalam kepada pembaca.
Sempena Majlis Peluncuran Anugerah Melaka Membaca Sempena Program Jom Baca Bersama 10 Minit Peringkat Negeri Melaka Tahun 2025, PERPUSTAM membawakan khas Mejar (B) Mohammad Qayyum A. Badaruddin penulis buku bertajuk “Memberi Makna Dalam Hidup” untuk mengupas buku tulisan beliau.
Program ini telah menyaksikan sesi soal jawab yang interaktif, membuktikan minat dan semangat tinggi dalam kalangan peserta untuk terus menyemarakkan budaya membaca dalam komuniti.
Terima kasih kepada semua yang telah menjayakan program ini. Semoga program ini menjadi pemangkin kepada minat membaca yang berterusan.

- Published in Aktiviti, Aktiviti 2025, Arkib Aktiviti
Terima kasih yang tidak terhingga kepada YAB Datuk Seri Utama atas sokongan dalam menjayakan Program Jom Baca Bersama 10 Minit Peringkat Negeri Melaka Tahun 2025

- Published in Aktiviti, Aktiviti 2025, Arkib Aktiviti














