TALIAN HOTLINE : 06-282 4859
  • Soalan Lazim
  • Hubungi Kami
  • Aduan
  • Peta Laman

PERPUSTAM

  • UTAMA
  • Info Korporat
    • Perutusan Pengarah
    • Ahli Lembaga Pengarah
    • Profil Pengurusan
    • Carta Organisasi
    • Kronologi
    • MS ISO 9001:2015
      • Perutusan Pengarah
      • Dasar Kualiti & Objektif Kualiti
    • MS ISO 37001:2016
    • Enakmen PERPUSTAM 75
    • Enakmen PERPUSTAM 93
  • Perkhidmatan
    • Perkhidmatan Perpustakaan
    • Peraturan Perpustakaan
    • Waktu Perkhidmatan
    • Syarat Keahlian
    • Kadar Sewa
    • Rangkaian Perpustakaan
      • Komuniti
      • Zon Merlimau
      • Zon Masjid Tanah
      • Zon Jasin
      • Zon Melaka Tengah
      • Zon Alor Gajah
      • Bas Bergerak / E-Pustaka
  • Bahagian Koleksi
    • Bahagian Koleksi Rujukan
    • Bahagian Koleksi Terbitan
    • Bahagian Koleksi Pinjaman
    • Bahagian Koleksi Peperiksaan
    • Bahagian Koleksi Melaka
    • Bahagian Koleksi Lincoln
  • Piagam
  • Aktiviti
  • Sebut Harga
  • Berita
  • Hubungi Kami
    • Lokasi
    • Soalan Lazim
    • Maklum Balas

Kursus Kesedaran Diri dan Kecergasan Emosi (Self-Awareness & Emotional Intelligence Training)

Monday, 2025 by perpustam

26 FEBRUARI 2025 | RABU

PERPUSTAM telah mengadakan Kursus Kesedaran Diri dan Kecergasan Emosi (Self-Awareness & Emotional Intelligence Training) yang berlangsung selama 2 hari bermula 25 -26 Februari 2025 bertempat di Dewan Tuah. Seramai 45 orang kakitangan terlibat bagi kursus pada kali ini.
PERPUSTAM juga merakamkan ucapan terima kasih kepada Encik Mohd Hussaini bin Hussein dari Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP) dan Puan Siti Hasiah binti Jusoh dari Kementerian Pertahanan Malaysia (MINDEF) yang telah memberikan pengisian motivasi dan aktiviti yang membina bagi kesedaran diri dan emosi kepada Pegawai dan Kakitangan PERPUSTAM.
Semoga kursus ini mampu meningkatkan lagi produktiviti serta kemampuan kakitangan dalam mengelola emosi kendiri ketika menjalankan tugas.
Kursus Kesedaran Diri dan Kecergasan Emosi (Self-Awareness & Emotional Intelligence Training) 2 Kursus Kesedaran Diri dan Kecergasan Emosi (Self-Awareness & Emotional Intelligence Training) 3 Kursus Kesedaran Diri dan Kecergasan Emosi (Self-Awareness & Emotional Intelligence Training) 4
Read more
  • Published in Aktiviti, Aktiviti 2025, Arkib Aktiviti
No Comments

Kejohanan Sukan Antara Jabatan/Agensi Negeri Melaka 2025 kali ke V, Tahun 2025

Monday, 2025 by perpustam
Kejohanan Sukan Antara Jabatan/Agensi Negeri Melaka 2025 kali ke V, Tahun 2025
PERPUSTAM turut menyertai Sukan Antara Jabatan dengan penyertaan dalam sukan Dart, Karom, Bowling, Ping Pong dan Bola Tampar.
Biar pun tidak memenangi sebarang pingat, semangat dan kesungguhan yang ditunjukkan adalah sangat membanggakan.
Semoga ada sinar pada penyertaan sukan-sukan dalam tempoh mendatang.
Kejohanan Sukan Antara Jabatan/Agensi Negeri Melaka 2025 kali ke V, Tahun 2025 2 Kejohanan Sukan Antara Jabatan/Agensi Negeri Melaka 2025 kali ke V, Tahun 2025 3 Kejohanan Sukan Antara Jabatan/Agensi Negeri Melaka 2025 kali ke V, Tahun 2025 4 Kejohanan Sukan Antara Jabatan/Agensi Negeri Melaka 2025 kali ke V, Tahun 2025 5
Read more
  • Published in Aktiviti, Aktiviti 2025, Arkib Aktiviti
No Comments

EKSPLORASI DIGITAL BERSAMA PERPUSTAM SEMPENA PROGRAM WAKIL RAKYAT UNTUK RAKYAT (WRUR) DUN PENGKALAN BATU)

Monday, 2025 by perpustam
Program Eksplorasi Digital bersama PERPUSTAM
22 Februari 2025 | Sabtu
Sekitar Program Eksplorasi Digital bersama PERPUSTAM yang telah diadakan sempena Program WRUR Dun Pengkalan Batu
Pengunjung telah berpeluang meneroka :
✅ Zon Bacaan Digital & Pangkalan Data
✅ Perkhidmatan u-Pustaka : u-Library
✅ Virtual Reality (VR)
~ Exploria STEAM VR
~ ClassVR
✅ Augmented Reality (AR)
~ Wall@live
~ Mat@live
~ Tree@live
~ Gateway
~ Polymat
~ Codbit
~ BookR
✅ Permainan Interaktif
~ Sumo Robot
~ Samurai Robot
~ Soccer Robot
Semoga kita jumpa lagi di program-program yang akan datang
Program Eksplorasi Digital bersama PERPUSTAM 2 Program Eksplorasi Digital bersama PERPUSTAM 3 Program Eksplorasi Digital bersama PERPUSTAM 4
Read more
  • Published in Aktiviti, Aktiviti 2025, Arkib Aktiviti
No Comments

CUTI SEKOLAH : SEMAIKAN KASIH @PERPUSTAM 18

Sunday, 2025 by perpustam
CUTI SEKOLAH : SEMAIKAN KASIH @PERPUSTAM 18
JUMAAT | 14 FEBRUARI 2025
Aktiviti “Name Tape Painting bersama Miss Ling Ling”
Aktiviti penutup sempena cuti sekolah ini diwarnai dengan aktiviti bersama Miss Ling-Ling. Aktiviti ini bukan hanya mengasah kreativiti, tetapi juga membantu meningkatkan fokus koordinasi tangan dan mata. Setiap warna dan bentuk yang dipilih memperkuatkan ekspresi diri, manakala proses menanggalkan tape memberikan kepuasan tersendiri. Seni yang penuh dengan kebaikan terapi dan keseronokan berjaya menghasilkan satu karya yang unik.
Setiap pertemuan pasti ada perpisahan, tapi kenangan yang kita lakarkan akan selalu terpahat dalam hati. PERPUSTAM mengucapkan ribuan terima kasih untuk semua tawa, cerita, dan momen indah yang telah kita lalui bersama. Semoga adik-adik dapat pelajari sesuatu yang bermanfaat dan berfaedah daripada aktiviti-aktiviti yang telah kami jalankan. PERPUSTAM juga mendoakan semoga sesi persekolahan adik-adik dipermudahkan dan belajar elok-elok ya. Insya-Allah nanti kita bertemu lagi pada cuti sekolah akan datang.
CUTI SEKOLAH : SEMAIKAN KASIH @PERPUSTAM 18 3 CUTI SEKOLAH : SEMAIKAN KASIH @PERPUSTAM 18 2
Read more
  • Published in Aktiviti, Aktiviti 2025, Arkib Aktiviti
No Comments

CUTI SEKOLAH : SEMAIKAN KASIH @PERPUSTAM 17

Sunday, 2025 by perpustam
KHAMIS | 13 FEBRUARI 2025
Sesi Pagi : Aktiviti “Bunga-Bunga Cinta bersama Kak Nanad”
Sesi Petang : Aktiviti “Menongkah Arus bersama Abang Khairien”
Tidak sangka sudah dekat sebulan PERPUSTAM mengadakan aktiviti sempena cuti sekolah ini. Pelbagai celoteh dan memori indah adik-adik telah terpahat di sini. Semoga ia kekal subur di hati adik-adik sehingga dewasa nanti
Pada pagi Khamis yang bertuah ini, adik-adik telah menjalani aktiviti DIY bersama Kak Nanad. Sungguh terserlah dan terpancar daya kreativiti adik-adik ketika membuat rantai kunci berbentuk bunga yang cantik. Dah alang-alang pandai tu, boleh hadiahkan untuk ibu bapa nanti.
Siapa pernah dengar Permainan Galah Panjang? Orang lama mesti tahu sebab inilah Permainan tradisional kanak-kanak zaman dahulu sebelum wujudnya GADJET-GADJET ini. Abang Khairien nostalgiakan waktu petang adik-adik dengan Permainan LEGEND ini. Betul-betul HAVOCdibuatnya sampai berbasah kuyup adik-adik bermandi peluh.
PERPUSTAM mengucapkan tahniah kepada pemenang dan terima kasih kepada semua yang turut serta aktiviti hari ini. Esok merupakan hari terakhir aktiviti bersama PERPUSTAM sempena cuti sekolah. Kami menantikan kehadiran anda semua.
CUTI SEKOLAH : SEMAIKAN KASIH @PERPUSTAM 17 2 CUTI SEKOLAH : SEMAIKAN KASIH @PERPUSTAM 17 3 CUTI SEKOLAH : SEMAIKAN KASIH @PERPUSTAM 17 4
Read more
  • Published in Aktiviti, Aktiviti 2025, Arkib Aktiviti
No Comments

CUTI SEKOLAH : SEMAIKAN KASIH @PERPUSTAM 16

Sunday, 2025 by perpustam
RABU | 12 FEBRUARI 2025
Sesi Pagi : Aktiviti “Istana Cinta bersama Kak Joy”
Sesi Petang : Aktiviti “Ikut Rentak Irama Jiwa bersama Abang Aiman”
PERPUSTAM sentiasa komited bagi memastikan kandungan aktiviti sepanjang cuti sekolah ini memberikan banyak kebaikan kepada semua baik dari segi perkembangan minda mahupun akademik. Aktiviti pagi ini diadakan secara berkumpulan dimana adik-adik perlu menyelesaikan cebisan-cebisan mini lego mengikut panduan yang disediakan. Kumpulan yang pantas menyelesaikannya dikira pemenang.
Sesi petang pula diadakan satu aktiviti santai bersama Abang Aiman. Adik-adik perlu memberikan bola kepada rakan sebelah secara bulatan ketika muzik dimainkan dan apabila muzik dihentikan secara tiba-tiba peserta yang masih memegang bola akan tersingkir. Menarik sungguh aktiviti ini, tak henti-henti bergelak tawa sampai mengalir air mata.
Terima kasih kerana berjaya meriuhkan suasana PERPUSTAM hari ini. Ayuh kita habiskan baki cuti sekolah ini dengan berkampung di perpustakaan. Tanpa anda semua, aktiviti cuti sekolah ini tidak bermakna.
CUTI SEKOLAH : SEMAIKAN KASIH @PERPUSTAM 16 2 CUTI SEKOLAH : SEMAIKAN KASIH @PERPUSTAM 16 3
Read more
  • Published in Aktiviti, Aktiviti 2025, Arkib Aktiviti
No Comments

CUTI SEKOLAH : SEMAIKAN KASIH @PERPUSTAM 15

Sunday, 2025 by perpustam
CUTI SEKOLAH : SEMAIKAN KASIH @PERPUSTAM 15
SELASA | 11 FEBRUARI 2025
Sesi Pagi : Aktiviti “Jom Belajar Silap Mata bersama Abang Fahmi”
Sesi Petang : Aktiviti “Sesudu Kasih Merentas Impian bersama Chik Kiah”
Hari demi hari silih berganti, akitviti sempena cuti sekolah di PERPUSTAM hanya tinggal 3 HARI JERR lagi berbaki sebelum adik-adik memulakan sesi persekolahan. Jom kita manfaatkan sebaiknya detik-detik terindah ini sebelum adik-adik semua merinduinya nanti.
Para peserta aktiviti hari ini terpukau dengan persembahan ringkas silap mata oleh Abang Fahmi. Adik-adik sungguh bertuah kerana Abang Fahmi sedia berkongsi tips berkenaan tipu helah ahli silap mata atau lebih dikenali sebagai MAGICIAN melalui slot santai pagi. Abang Fahmi juga sempat belanja adik-adik berkenaan teknik membentuk belon panjang dengan mudah. Pelbagai jenis bentuk belon berjaya dihasilkan oleh adik-adik walaupun macam-macam bunyi letupan belon terhasil.
Chik Kiah IN THE HOUSE YOO ! Sesi petang yang layu telah diaktifkan semula dengan aktiviti fizikal dimana peserta perlu memindahkan bola pingpong menggunakan sudu yang disangkut pada mulut lalu memasukkan bola itu ke dalam cawan yang diletakkan di meja sebelah. Sampai hati Chik Kiah membuli adik-adik dengan aktivitinya. Semoga semuanya ENJOYS.
PERPUSTAM mengucapkan terima kasih kepada yang hadir dan pastikan esok datang bukan seorang tapi satu family ya.
CUTI SEKOLAH : SEMAIKAN KASIH @PERPUSTAM 15 2 CUTI SEKOLAH : SEMAIKAN KASIH @PERPUSTAM 15 3 CUTI SEKOLAH : SEMAIKAN KASIH @PERPUSTAM 15 4
Read more
  • Published in Aktiviti, Aktiviti 2025, Arkib Aktiviti
No Comments

CUTI SEKOLAH : SEMAIKAN KASIH @PERPUSTAM 14

Sunday, 2025 by perpustam
ISNIN | 10 FEBRUARI 2025
Sesi Pagi : Aktiviti “Lakaran Kehidupan bersama Abang Shidee”
Sesi Petang : Aktiviti “Nurul dan Haiqal bersama Abang Adi”
Alamak ! PERPUSTAM telah dibanjiri oleh sepasukan NINJA cilik yang sedang memegang Shuriken. Eh jap-jap…Laaa, rupanya aktiviti pagi ini tentang cara pembuatan Origami Shuriken dengan menggunakan kertas warna. PERGH, hebat betul adik-adik ya, Shuriken tu nampak REAL. Anda juga boleh cuba dirumah nanti. Aktiviti sebelah petang pula, Abang Adi telah melakukan permainan psikologi untuk menguji daya fokus adik-adik dalam mendengar segala arahan diberikan. Macam-macam reaksi ditonjolkan, anda lihatlah sendiri.
Terlalu banyak kasih adik-adik telah tersemai di PERPUSTAM sepanjang aktiviti cuti sekolah ini. Semoga kasih itu membentuk perasaan CINTA akan perpustakaan. Terima kasih atas senyuman itu dan semoga senyuman itu berkekalan hingga ke penghujung aktiviti.
CUTI SEKOLAH : SEMAIKAN KASIH @PERPUSTAM 14 2 CUTI SEKOLAH : SEMAIKAN KASIH @PERPUSTAM 14 3 CUTI SEKOLAH : SEMAIKAN KASIH @PERPUSTAM 14 4
Read more
  • Published in Aktiviti, Aktiviti 2025, Arkib Aktiviti
No Comments

CUTI SEKOLAH : SEMAIKAN KASIH @PERPUSTAM 13

Sunday, 2025 by perpustam
JUMAAT | 07 FEBRUARI 2025
Sesi Pagi : Aktiviti “Ilhamku bersama Abang Aiman”
Sesi Petang : Aktiviti “Lantunan Irama bersama Abang Shidee
Fuyoo bestnya harini ! Apa yang best tu ? Haa mestilah kerana PERPUSTAM setiap minggu buat aktiviti yang berfaedah untuk semua. Pagi jumaat disyahdukan dengan aktiviti bersama Abang Aiman dimana adik-adik diberi sehelai kertas yang mempunyai lukisan separuh bahagian. Tugasannya mudah, adik-adik perlu melukis penuh lukisan tersebut mengikut idea dan kreativiti masing-masing.
Aktviti pada sebelah petang sangat mencabar kerana permainan ini memerlukan daya fokus dan ketepatan balingan. Adik-adik perlu melantun bola pingpong sehingga masuk ke dalam cawan-cawan yang disediakan.
Peserta aktiviti kali ini bersaing secara sihat dan professional itulah faktor wujudnya kemeriahan dan kebahagian aktiviti cuti sekolah di PERPUSTAM. Terima kasih kerana hadir dan nantikan poster terbaru kami untuk aktiviti pada minggu hadapan. STAY TUNED !
CUTI SEKOLAH : SEMAIKAN KASIH @PERPUSTAM 13 2 CUTI SEKOLAH : SEMAIKAN KASIH @PERPUSTAM 13 3 CUTI SEKOLAH : SEMAIKAN KASIH @PERPUSTAM 13 4
Read more
  • Published in Aktiviti, Aktiviti 2025, Arkib Aktiviti
No Comments

CUTI SEKOLAH : SEMAIKAN KASIH @PERPUSTAM 12

Sunday, 2025 by perpustam
KHAMIS | 06 FEBRUARI 2025
Sesi Pagi : Aktiviti “Anyaman Kasih bersama Kak Anis”
Sesi Petang : Aktiviti “Balingan Mesra bersama Kak Anis”
Mesti ramai yang tak tahu, perpustakaan masih lagi relevan pada masa kini kerana disini bukan sahaja ada buku malah ada macam-macam tau. Lebih-lebih lagi pada musim cuti sekolah, perpustakaan ada buat banyak aktiviti best-best. Bukan itu sahaja, kalau menang dapat hadiah tau. Bukan kaleng-kaleng perpustakaan sekarang.
Pada hari ini, keriuhan suasana aktiviti cuti sekolah tidak dapat digambarkan kerana adik-adik begitu teruja dan seronok menerokainya. PERPUSTAM mengucapkan terima kasih kerana masih setia bersama kami dan AYUH kita kasi gegar di lain waktu !!
CUTI SEKOLAH : SEMAIKAN KASIH @PERPUSTAM 12 2 CUTI SEKOLAH : SEMAIKAN KASIH @PERPUSTAM 12 3 CUTI SEKOLAH : SEMAIKAN KASIH @PERPUSTAM 12 4
Read more
  • Published in Aktiviti, Aktiviti 2025, Arkib Aktiviti
No Comments
  • 23
  • 24
  • 25
  • 26
  • 27

PERPUSTAM

Recent Posts

  • LAWATAN TADIKA JAIM TAMAN SERI RAMBAI KE PERPUSTAM

    LAWATAN TADIKA JAIM TAMAN SERI RAMBAI KE PERPUSTAM

    14 MEI 2026| KHAMIS LAWATAN TADIKA JAIM TAMAN S...
  • BENGKEL KEPIMPINAN PENGAWAS PUSAT SUMBER IBNU SINA

    BENGKEL KEPIMPINAN PENGAWAS PUSAT SUMBER IBNU SINA

    BENGKEL KEPIMPINAN PENGAWAS PUSAT SUMBER IBNU S...
  • PAMERAN SEKOLAH KEBANGSAAN SERI DUYONG

    PAMERAN SEKOLAH KEBANGSAAN SERI DUYONG

    PAMERAN SEKOLAH KEBANGSAAN SERI DUYONG 06.05.20...
  • Aktiviti Bersama Team Bas Bergerak Hari Ini!

    Aktiviti Bersama Team Bas Bergerak Hari Ini!

    🚍📚 Aktiviti Bersama Team Bas Be...
  • Majlis Perasmian Perpustakaan Komunity Sri Kandang

    Majlis Perasmian Perpustakaan Komunity Sri Kandang

    04/05/2026 | ISNIN Majlis Perasmian Perpustakaa...

Recent Comments

    Archives

    • May 2026
    • April 2026
    • March 2026
    • February 2026
    • January 2026
    • December 2025
    • November 2025
    • October 2025
    • September 2025
    • August 2025
    • July 2025
    • June 2025
    • May 2025
    • April 2025
    • March 2025
    • February 2025
    • January 2025
    • December 2024
    • November 2024
    • October 2024
    • September 2024
    • August 2024
    • July 2024
    • June 2024
    • May 2024
    • April 2024
    • March 2024
    • February 2024
    • January 2024
    • December 2023
    • November 2023
    • October 2023
    • September 2023
    • August 2023
    • July 2023
    • June 2023
    • May 2023
    • April 2023
    • March 2023
    • January 2023
    • October 2022
    • September 2022
    • August 2022
    • July 2022
    • June 2022
    • May 2022
    • April 2022
    • March 2022
    • January 2022
    • December 2021
    • November 2021
    • September 2021
    • June 2021
    • April 2021
    • March 2021
    • January 2021
    • December 2020
    • September 2020
    • June 2020
    • May 2020
    • April 2020
    • March 2020
    • December 2019
    • October 2019
    • May 2019
    • April 2019
    • March 2019
    • February 2019
    • January 2019
    • July 2018
    • June 2018
    • May 2018
    • April 2018
    • January 2018
    • December 2017
    • November 2017

    Categories

    • Aktiviti
    • Aktiviti 2017
    • Aktiviti 2019
    • Aktiviti 2020
    • Aktiviti 2021
    • Aktiviti 2022
    • Aktiviti 2023
    • Aktiviti 2024
    • Aktiviti 2025
    • Aktiviti 2026
    • aktivti 2018
    • Arkib Aktiviti
    • Arkib Pengumuman
    • Berita
    • Pengumuman
    • Uncategorised

    PERPUSTAM

    • Log in
    • Entries feed
    • Comments feed
    • WordPress.org

    (T)06-282 4859

    PERBADANAN PERPUSTAKAAN AWAM MELAKA
    (PERPUSTAM)
    242-1 Jalan Bukit Baru
    75150 Melaka

    Visitor Counter

    4945045
    Users Today : 30
    Users Yesterday : 188
    Users This Month : 712
    Users This Year : 10328
    Total Users : 4945045

    Total Visitor 2025: 1,765,800 Hits

    Total Visitor 2024: 1,534,614 Hits

    Total Visitor 2023: 961,000 Hits

    • Privasi Polisi
    • MyGovPenawaran Unit Kediaman Mengikut Jenis Di MelakaMelakaPay
    • GET SOCIAL

    © 2019 All rights reserved. Perbadanan Perpustakaan Awam Melaka.

    TOP