TALIAN HOTLINE : 06-282 4859
  • Soalan Lazim
  • Hubungi Kami
  • Aduan
  • Peta Laman

PERPUSTAM

  • UTAMA
  • Info Korporat
    • Perutusan Pengarah
    • Ahli Lembaga Pengarah
    • Profil Pengurusan
    • Carta Organisasi
    • Kronologi
    • MS ISO 9001:2015
      • Perutusan Pengarah
      • Dasar Kualiti & Objektif Kualiti
    • MS ISO 37001:2016
    • Enakmen PERPUSTAM 75
    • Enakmen PERPUSTAM 93
  • Perkhidmatan
    • Perkhidmatan Perpustakaan
    • Peraturan Perpustakaan
    • Waktu Perkhidmatan
    • Syarat Keahlian
    • Kadar Sewa
    • Rangkaian Perpustakaan
      • Komuniti
      • Zon Merlimau
      • Zon Masjid Tanah
      • Zon Jasin
      • Zon Melaka Tengah
      • Zon Alor Gajah
      • Bas Bergerak / E-Pustaka
  • Bahagian Koleksi
    • Bahagian Koleksi Rujukan
    • Bahagian Koleksi Terbitan
    • Bahagian Koleksi Pinjaman
    • Bahagian Koleksi Peperiksaan
    • Bahagian Koleksi Melaka
    • Bahagian Koleksi Lincoln
  • Piagam
  • Aktiviti
  • Sebut Harga
  • Berita
  • Hubungi Kami
    • Lokasi
    • Soalan Lazim
    • Maklum Balas

DUNIA KHAYALAN DUNIA IMPIAN #4

Wednesday, 2025 by perpustam
DUNIA KHAYALAN DUNIA IMPIAN #4
04 JUN 2025 (RABU)
10.00 pagi sehingga 4.30 petang
Perbadanan Perpustakaan Awam Melaka, Bukit Baru.
Sesi Pagi – Aktiviti “Magical Knowledge Activity” bersama Kak Maryam
Sesi Petang – Aktiviti “Magical Cup” bersama Abang Amir
Sesi pagi dimulakan dengan aktiviti bersama Kak Maryam. Aktiviti ini bukan sahaja menguji minda, tetapi turut membantu peserta mengukuhkan pemahaman konsep-konsep asas Matematik dengan cara yang menyeronokkan. Suasana penuh tumpuan dan semangat ingin tahu menjadikan sesi ini sangat bermakna.
Sesi petang pula diteruskan dengan aktiviti bersama Abang Amir yang cukup menghiburkan dan mencabar. Para peserta menunjukkan semangat kesukanan yang tinggi sambil mengasah kemahiran motor halus dan fokus mereka semasa melontarkan bola pingpong ke sasaran. Sorakan dan gelak tawa jelas menunjukkan betapa semua orang teruja dan terlibat sepenuhnya.
Syabas dan tahniah kepada semua peserta atas penyertaan yang aktif dan positif sepanjang cuti sekolah ini.
Ayuh adik-adik kita manfaatkan masa terluang sepanjang cuti sekolah ini di Perpustakaan.
Penyertaan adalah PERCUMA! Maghi Lerr…
DUNIA KHAYALAN DUNIA IMPIAN #4 2 DUNIA KHAYALAN DUNIA IMPIAN #4 3
Read more
  • Published in Aktiviti, Aktiviti 2025, Arkib Aktiviti
No Comments

Sesi Perbincangan Bersama Duta Anugerah Melaka Membaca 2025

Wednesday, 2025 by perpustam
Sesi Perbincangan Bersama Duta Anugerah Melaka Membaca 2025
Satu sesi perbincangan eksklusif bersama Duta Anugerah Melaka Membaca 2025, Encik Ahmad Fedtri Yahya, telah diadakan bagi membincangkan peranan strategik beliau dalam menjayakan kempen membaca peringkat negeri.
Perbincangan ini turut menyentuh pelbagai inisiatif yang bakal dilaksanakan sepanjang tahun 2025 dalam usaha memperkasakan budaya membaca dalam kalangan rakyat Melaka dan seterusnya mempromosi Anugerah Melaka Membaca yang kini penyertaan masih dibuka.
Sesi Perbincangan Bersama Duta Anugerah Melaka Membaca 2025 2 Sesi Perbincangan Bersama Duta Anugerah Melaka Membaca 2025 3
Read more
  • Published in Aktiviti, Aktiviti 2025, Arkib Aktiviti
No Comments

DUNIA KHAYALAN DUNIA IMPIAN #3

Wednesday, 2025 by perpustam
DUNIA KHAYALAN DUNIA IMPIAN #3
03 JUN 2025 (SELASA)
10.00 pagi sehingga 4.30 petang
Perbadanan Perpustakaan Awam Melaka, Bukit Baru.
Sesi Pagi – Aktiviti “Teleport to Me” bersama Abang Lokman
Sesi Petang – Aktiviti “Its is True” bersama Abang Izzwan
Aktiviti cuti sekolah pada minggu ini dimulakan dengan aktiviti santai dan penuh gelak ketawa bersama Abang Lokman dan Izzwan. Suasana pagi adik-adik disinari dengan permainan boling padang, yang bukan sahaja mencabar kemahiran fizikal dan koordinasi mata serta tangan, malah turut menguji daya fokus adik-adik ketika melontar bola ke arah sasaran.
Suasana petang pula menjadi lebih terhibur dan mencuit hati dengan permainan makan biskut di atas dahi tanpa menggunakan tangan. Walaupun kelihatan mudah, permainan ini memerlukan fokus, kesabaran, dan ketangkasan wajah. Gelak tawa tidak putus sepanjang aktiviti berlangsung, menandakan betapa semua peserta benar-benar menikmati masa bersama.
Aktiviti seperti ini bukan sahaja mengisi masa cuti adik-adik dengan cara yang sihat dan menyeronokkan, tetapi juga mengeratkan hubungan silaturahim sesama rakan-rakan baru.
Ayuh adik-adik kita manfaatkan masa terluang sepanjang cuti sekolah ini di Perpustakaan.
Penyertaan adalah PERCUMA! Maghi Lerr…
DUNIA KHAYALAN DUNIA IMPIAN #3 2 DUNIA KHAYALAN DUNIA IMPIAN #3 3
Read more
  • Published in Aktiviti, Aktiviti 2025, Arkib Aktiviti
No Comments

DUNIA KHAYALAN DUNIA IMPIAN #2

Wednesday, 2025 by perpustam
Dunia Khayalan Dunia Impian
30 MEI 2025 (JUMAAT)
10.00 pagi sehingga 4.30 petang
Perbadanan Perpustakaan Awam Melaka, Bukit Baru.
Sesi Pagi – Aktiviti “Scratching the Clouds” bersama Abang Asri
Sesi Petang – Aktiviti “Magical Exploring” bersama Kak Farhanah
Keseronokan adik-adik diteruskan lagi dengan aktiviti bersama Abang Asri dan Kak Farhanah. Pada sesi pagi, Abang Asri telah membimbing adik-adik dalam aktiviti kraf tangan bertemakan lebah, yang bukan sahaja mengasah kreativiti tetapi juga memberi pengetahuan tentang serangga tersebut.
Manakala pada sesi petang, Kak Farhanah telah mengendalikan aktiviti teka silang kata menggunakan puzzle, yang mencabar minda dan menggalakkan semangat kerjasama dalam kalangan peserta.
Kedua-dua sesi telah berlangsung dengan jayanya dan memberi pengalaman yang bermakna kepada semua peserta.
Ayuh adik-adik kita manfaatkan masa terluang sepanjang cuti sekolah ini di Perpustakaan.
Penyertaan adalah PERCUMA! Maghi Lerr…
Dunia Khayalan Dunia Impian 2 Dunia Khayalan Dunia Impian 3 Dunia Khayalan Dunia Impian 4
Read more
  • Published in Aktiviti, Aktiviti 2025, Arkib Aktiviti
No Comments

Membaca dan membuat NILAM

Friday, 2025 by perpustam
Membaca dan membuat NILAM

Cuti sekolah menjadikan perpustakaan lebih meriah daripada biasa. Dipenuhi wajah-wajah teruja yang datang mencari ilmu dan keseronokan. Cuti sekolah dimanfaatkan sepenuhnya oleh adik-adik yang membaca dan membuat NILAM . Terbaik adik-adik

Membaca dan membuat NILAM 2 Membaca dan membuat NILAM 3 Membaca dan membuat NILAM 4

Read more
  • Published in Aktiviti, Aktiviti 2025, Arkib Aktiviti
No Comments

DUNIA KHAYALAN DUNIA IMPIAN

Friday, 2025 by perpustam
DUNIA KHAYALAN DUNIA IMPIAN
29 MEI 2025 (KHAMIS)
10.00 pagi sehingga 4.30 petang
Perbadanan Perpustakaan Awam Melaka, Bukit Baru.
Sesi Pagi – Aktiviti “Mangkuk Ajaib” bersama Abang Khairin
Sesi Petang – Aktiviti “Animal in the Magical Forest” bersama Abang Rafi
Cuti sekolah kali ini dimulakan dengan penuh keceriaan melalui pelbagai aktiviti menarik yang dikendalikan oleh Abang Khairin dan Abang Rafi. Kehadiran mereka telah menceriakan suasana dan menghidupkan lagi minat kanak-kanak untuk menyertai aktiviti yang menyeronokkan, santai dan penuh dengan elemen pembelajaran.
Permulaan yang positif ini menjadi pembuka tirai kepada pelbagai lagi aktiviti menarik yang bakal berlangsung sepanjang cuti sekolah.
Ayuh adik-adik kita manfaatkan masa terluang sepanjang cuti sekolah ini di Perpustakaan.
Penyertaan adalah PERCUMA! Maghi Lerr…
DUNIA KHAYALAN DUNIA IMPIAN 2 DUNIA KHAYALAN DUNIA IMPIAN 3 DUNIA KHAYALAN DUNIA IMPIAN 4
Read more
  • Published in Aktiviti, Aktiviti 2025, Arkib Aktiviti
No Comments

Reruai Majlis Pengarah-Pengarah Perpustakaan Awam (MPAM)

Friday, 2025 by perpustam
Reruai Majlis Pengarah-Pengarah Perpustakaan Awam (MPAM)
28 Mei 2025| RABU
Perbadanan Perpustakaan Awam Melaka (PERPUSTAM) telah menyertai Reruai Majlis Pengarah-Pengarah Perpustakaan Awam (MPAM) di Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur 2025 sebagai pempamer.
PERPUSTAM telah mempamerkan bahan mengenai kesenian dan kebudayaan masyarakat Negeri Melaka termasuk memberikan cenderahati istimewa iaitu Dodol Asli Melaka kepada pengunjung yang datang.
Selain itu, PERPUSTAM turut mengadakan aktiviti santai seperti Permainan Interaktif (Wall@Live & Robotik) serta Teka-Teki bertajuk “Meneka dalam Kesamaran”.
JOM ! Bersama-sama hadir ke Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur 2025 yang bakal berlangsung sehingga 1 Jun 2025.
Reruai Majlis Pengarah-Pengarah Perpustakaan Awam (MPAM) 2 Reruai Majlis Pengarah-Pengarah Perpustakaan Awam (MPAM) 3 Reruai Majlis Pengarah-Pengarah Perpustakaan Awam (MPAM) 4
Read more
  • Published in Aktiviti, Aktiviti 2025, Arkib Aktiviti
No Comments

Lawatan Sambil Belajar Dari Sekolah Kebangsaan Api-Api

Friday, 2025 by perpustam
Lawatan Sambil Belajar Dari Sekolah Kebangsaan Api-Api
28 MEI 2025 (RABU)
Perbadanan Perpustakaan Awam Melaka, Bukit Baru.
74 Pelajar & 14 Guru Pengiring
PERPUSTAM sangat berbesar hati menerima kunjungan istimewa daripada warga Sekolah Rendah Api-Api, Johor. Lawatan ini bertujuan untuk memberi pendedahan tentang perkhidmatan-perkhidmatan yang disediakan serta memupuk budaya cintakan ilmu dan membaca dalam kalangan pelajar sejak dari peringkat awal pendidikan.
Sepanjang lawatan, para pelajar telah diberikan penerangan mengenai sejarah dan fungsi perpustakaan, kemudahan yang disediakan, serta pelbagai bahan bacaan dan teknologi maklumat yang terdapat disini. Aktiviti interaktif turut dijalankan bagi mencetuskan minat membaca dan memperkenalkan konsep literasi maklumat kepada para pelajar.
Perpustakaan Melaka amat menghargai kepercayaan yang diberikan oleh pihak Sekolah Rendah Api-Api, Johor dalam memilih Perpustakaan sebagai destinasi lawatan sambil belajar. Diharapkan kunjungan ini dapat memberikan pengalaman bermakna kepada para pelajar dan menjadi pemangkin dalam membina generasi celik maklumat serta berilmu tinggi.
Terima kasih diucapkan kepada pihak sekolah atas kerjasama yang baik sepanjang lawatan ini berlangsung. Semoga jalinan silaturahim dapat diteruskan pada masa akan datang.
Lawatan Sambil Belajar Dari Sekolah Kebangsaan Api-Api 2 Lawatan Sambil Belajar Dari Sekolah Kebangsaan Api-Api 3 Lawatan Sambil Belajar Dari Sekolah Kebangsaan Api-Api 4 Lawatan Sambil Belajar Dari Sekolah Kebangsaan Api-Api 5
Read more
  • Published in Aktiviti, Aktiviti 2025, Arkib Aktiviti
No Comments

Bengkel Kepimpinan Pengawas Pusat Sumber 2025

Friday, 2025 by perpustam
Bengkel Kepimpinan Pengawas Pusat Sumber 2025
Pada 28 Mei 2025, seramai 70 orang Pengawas Pusat Sumber daripada SMK Tinggi Perempuan Melaka dan SMK Tun Tijah telah menyertai Bengkel Kepimpinan Pengawas Pusat Sumber.
Bengkel ini diadakan bagi memberi pendedahan kepada para pengawas tentang Pengurusan Pusat Sumber Sekolah, Asas Kepimpinan, Tanggungjawab Sebagai Pengawas, serta membina keyakinan diri dalam mengurus Pusat Sumber Sekolah.
Suasana bengkel penuh dengan semangat, kerjasama, dan keterujaan sepanjang aktiviti berlangsung!
Terima kasih kepada semua peserta, guru pengiring dan penganjur yang menjayakan program ini. Semoga segala ilmu dan pengalaman yang diperoleh dapat dimanfaatkan di sekolah masing-masing.
 Bengkel Kepimpinan Pengawas Pusat Sumber 2025 2  Bengkel Kepimpinan Pengawas Pusat Sumber 2025 3  Bengkel Kepimpinan Pengawas Pusat Sumber 2025 4
Read more
  • Published in Aktiviti, Aktiviti 2025, Arkib Aktiviti
No Comments

Majlis Perasmian Karnival Jom Ke Perpustakaan Cawangan Masjid

Tuesday, 2025 by perpustam
Majlis Perasmian Karnival Jom Ke Perpustakaan Cawangan Masjid
Syukur Alhamdulillah!!! Selesai sudah Majlis Perasmian Karnival Jom Ke Perpustakaan Cawangan Masjid Tanah Sempena Program Wakil Rakyat Untuk Rakyat DUN Lendu anjuran Perbadanan Perpustakaan Awam Melaka dengan kerjasama Jawatankuasa Tetap Pusat Sumber Persatuan Pustakawan Malaysia dan Jawatankuasa Pembangunan Perpustakaan Cawangan Masjid Tanah pada 24 Mei 2025.
Semoga dengan program ini dapat menyemai semangat membaca, menjadikan ilmu sebagai budaya dan perpustakaan sebagai tempat untuk semua lapisan masyarakat.
Terima kasih kepada semua yang terlibat!
“Wakil Rakyat & Perpustakaan: Bersama Membina Komuniti.”
Majlis Perasmian Karnival Jom Ke Perpustakaan Cawangan Masjid 2 Majlis Perasmian Karnival Jom Ke Perpustakaan Cawangan Masjid 3 Majlis Perasmian Karnival Jom Ke Perpustakaan Cawangan Masjid 4
Read more
  • Published in Aktiviti, Aktiviti 2025, Arkib Aktiviti
No Comments
  • 19
  • 20
  • 21
  • 22
  • 23

PERPUSTAM

Recent Posts

  • LAWATAN TADIKA JAIM TAMAN SERI RAMBAI KE PERPUSTAM

    LAWATAN TADIKA JAIM TAMAN SERI RAMBAI KE PERPUSTAM

    14 MEI 2026| KHAMIS LAWATAN TADIKA JAIM TAMAN S...
  • BENGKEL KEPIMPINAN PENGAWAS PUSAT SUMBER IBNU SINA

    BENGKEL KEPIMPINAN PENGAWAS PUSAT SUMBER IBNU SINA

    BENGKEL KEPIMPINAN PENGAWAS PUSAT SUMBER IBNU S...
  • PAMERAN SEKOLAH KEBANGSAAN SERI DUYONG

    PAMERAN SEKOLAH KEBANGSAAN SERI DUYONG

    PAMERAN SEKOLAH KEBANGSAAN SERI DUYONG 06.05.20...
  • Aktiviti Bersama Team Bas Bergerak Hari Ini!

    Aktiviti Bersama Team Bas Bergerak Hari Ini!

    🚍📚 Aktiviti Bersama Team Bas Be...
  • Majlis Perasmian Perpustakaan Komunity Sri Kandang

    Majlis Perasmian Perpustakaan Komunity Sri Kandang

    04/05/2026 | ISNIN Majlis Perasmian Perpustakaa...

Recent Comments

    Archives

    • May 2026
    • April 2026
    • March 2026
    • February 2026
    • January 2026
    • December 2025
    • November 2025
    • October 2025
    • September 2025
    • August 2025
    • July 2025
    • June 2025
    • May 2025
    • April 2025
    • March 2025
    • February 2025
    • January 2025
    • December 2024
    • November 2024
    • October 2024
    • September 2024
    • August 2024
    • July 2024
    • June 2024
    • May 2024
    • April 2024
    • March 2024
    • February 2024
    • January 2024
    • December 2023
    • November 2023
    • October 2023
    • September 2023
    • August 2023
    • July 2023
    • June 2023
    • May 2023
    • April 2023
    • March 2023
    • January 2023
    • October 2022
    • September 2022
    • August 2022
    • July 2022
    • June 2022
    • May 2022
    • April 2022
    • March 2022
    • January 2022
    • December 2021
    • November 2021
    • September 2021
    • June 2021
    • April 2021
    • March 2021
    • January 2021
    • December 2020
    • September 2020
    • June 2020
    • May 2020
    • April 2020
    • March 2020
    • December 2019
    • October 2019
    • May 2019
    • April 2019
    • March 2019
    • February 2019
    • January 2019
    • July 2018
    • June 2018
    • May 2018
    • April 2018
    • January 2018
    • December 2017
    • November 2017

    Categories

    • Aktiviti
    • Aktiviti 2017
    • Aktiviti 2019
    • Aktiviti 2020
    • Aktiviti 2021
    • Aktiviti 2022
    • Aktiviti 2023
    • Aktiviti 2024
    • Aktiviti 2025
    • Aktiviti 2026
    • aktivti 2018
    • Arkib Aktiviti
    • Arkib Pengumuman
    • Berita
    • Pengumuman
    • Uncategorised

    PERPUSTAM

    • Log in
    • Entries feed
    • Comments feed
    • WordPress.org

    (T)06-282 4859

    PERBADANAN PERPUSTAKAAN AWAM MELAKA
    (PERPUSTAM)
    242-1 Jalan Bukit Baru
    75150 Melaka

    Visitor Counter

    4945031
    Users Today : 16
    Users Yesterday : 188
    Users This Month : 698
    Users This Year : 10314
    Total Users : 4945031

    Total Visitor 2025: 1,765,800 Hits

    Total Visitor 2024: 1,534,614 Hits

    Total Visitor 2023: 961,000 Hits

    • Privasi Polisi
    • MyGovPenawaran Unit Kediaman Mengikut Jenis Di MelakaMelakaPay
    • GET SOCIAL

    © 2019 All rights reserved. Perbadanan Perpustakaan Awam Melaka.

    TOP