Pengisian yang menjadi satu kemestian apabila mengadakan Program Jom Baca Bersama 10 Minit ialah Bicara Bedah Buku. Ia adalah satu ruang yang mana seseorang penulis buku mengulas atau membedah buku yang ditulis untuk memberi pemahaman yang lebih lanjut dan mendalam kepada pembaca.
Sempena Majlis Peluncuran Anugerah Melaka Membaca Sempena Program Jom Baca Bersama 10 Minit Peringkat Negeri Melaka Tahun 2025, PERPUSTAM membawakan khas Mejar (B) Mohammad Qayyum A. Badaruddin penulis buku bertajuk “Memberi Makna Dalam Hidup” untuk mengupas buku tulisan beliau.
Program ini telah menyaksikan sesi soal jawab yang interaktif, membuktikan minat dan semangat tinggi dalam kalangan peserta untuk terus menyemarakkan budaya membaca dalam komuniti.
Terima kasih kepada semua yang telah menjayakan program ini. Semoga program ini menjadi pemangkin kepada minat membaca yang berterusan.








