Dalam kesibukan dan kepadatan program yang diadakan bersempena Program Jom Baca Bersama 10 Minit Peringkat Negeri Melaka Tahun 2025 telah diselitkan juga satu Kursus Artificial Intelligence (AI) bertempat di Perpustakaan Digital.
Kursus ini telah disampaikan oleh seorang pakar dalam bidang teknologi dan kecerdasan buatan iaitu Encik Muhammad Syahid bin Hasenan dari Melaka ICT Holding Sdn Bhd. Sepanjang kursus ini beliau telah berkongsi pelbagai ilmu dan pandangan bernas berkaitan AI serta peranannya dalam pembangunan kandungan pembelajaran dan budaya membaca.
Kursus ini bukan sahaja membuka mata para peserta tentang potensi besar AI, malah turut menghubungkan tema teknologi dengan dunia literasi secara kreatif dan inovatif.
Terima kasih kepada semua peserta yang hadir serta pihak urusetia yang menjayakan kursus ini. Semoga pendedahan ini menjadi titik permulaan ke arah masyarakat celik teknologi dan celik ilmu.








