7 MEI 2025 | RABU
Majlis Peluncuran Program NILAM dan Sahabat Bahasa anjuran Pusat Sumber Sekolah dan Bidang Bahasa SMK Paya Rumput telah berlangsung dengan penuh meriah di Dataran Prissma.
Majlis ini telah dirasmikan oleh En. Mohamed Aizammuddy bin Mohamed Idris, Pengarah Perbadanan Perpustakaan Awam Melaka (PERPUSTAM), yang turut menyampaikan amanat penting berkaitan budaya membaca dan peranan bahasa dalam pembentukan jati diri pelajar.
Pelaksanaan program ini diharap dapat menyemarakkan lagi budaya ilmu dan memperkukuh jati diri pelajar selaras dengan aspirasi Malaysia MADANI dan inisiatif Melaka Membaca.








