MAJLIS PERPISAHAN PELAJAR PRAKTIKAL
Friday, 2025
MAJLIS PERPISAHAN PELAJAR PRAKTIKAL
11 September 2025 (Khamis) – Perbadanan Perpustakaan Awam Melaka (PERPUSTAM) dengan rasa penuh penghargaan mengucapkan terima kasih kepada pelajar praktikal yang telah menjalani latihan di PERPUSTAM.
Pelajar-pelajar yang diraikan dalam majlis tersebut adalah seperti berikut: :
1) Zul Iskandar Bin Mohd Tahir
2) Iman Qistina binti Mohd Ismail
3) Nur Zhafirah Binti Rahim
Segala pengalaman dan dedikasi yang ditunjukkan sepanjang tempoh latihan amat dihargai. Kami doakan kejayaan berterusan dalam setiap langkah perjalanan anda!
Semoga segala ilmu yang diperoleh di sini menjadi bekalan untuk masa depan yang cemerlang. Terima kasih atas komitmen dan sumbangan anda. Selamat maju jaya!


- Published in Aktiviti, Aktiviti 2025, Arkib Aktiviti
No Comments
KARNIVAL SEMARAK CINTA RASUL SEMPENA MAULIDUR RASUL 1447H PERINGKAT NEGERI MELAKA TAHUN 2025
Tuesday, 2025
KARNIVAL SEMARAK CINTA RASUL SEMPENA MAULIDUR RASUL 1447H PERINGKAT NEGERI MELAKA TAHUN 2025
Perbadanan Perpustakaan Awam Melaka (PERPUSTAM) telah mengambil bahagian dalam Karnival Semarak Cinta Rasul sempena sambutan Maulidur Rasul 1447H Peringkat Negeri Melaka Tahun 2025 bertempat di Dataran Pusat Islam yang berlangsung bermula 04 hingga 07 September 2025.
Sepanjang karnival ini, PERPUSTAM telah membawakan pelbagai aktiviti menarik untuk semua peringkat umur, antaranya Pameran Perpustakaan, Permainan Interaktif, Jualan Buku dan banyak lagi.
Penyertaan ini adalah sebahagian daripada usaha PERPUSTAM dalam menyemarakkan budaya ilmu dan kecintaan terhadap Rasulullah SAW dalam kalangan masyarakat.
Terima kasih kepada semua pengunjung yang sudi memeriahkan booth PERPUSTAM. Jumpa lagi di program akan datang!


- Published in Aktiviti, Aktiviti 2025, Arkib Aktiviti
MAJLIS PERHIMPUNAN DAN PERARAKAN SAMBUTAN MAULIDUR RASUL PERINGKAT NEGERI MELAKA 1447H/2025M
Tuesday, 2025
MAJLIS PERHIMPUNAN DAN PERARAKAN SAMBUTAN MAULIDUR RASUL PERINGKAT NEGERI MELAKA 1447H/2025M
Setinggi-tinggi tahniah dan syabas diucapkan kepada seluruh kontinjen PERPUSTAM atas penyertaan dalam perarakan sempena Sambutan Maulidur Rasul Peringkat Negeri Melaka Tahun 2025.
Penyertaan ini bukan sahaja memperlihatkan semangat kecintaan terhadap Rasulullah SAW, malah mencerminkan komitmen tinggi warga PERPUSTAM dalam menjunjung syiar Islam serta memperkukuh peranan institusi ilmu dalam masyarakat.
Semoga semangat ini terus hidup dan menjadi inspirasi dalam memperkasa umat melalui pembacaan, pendidikan dan penghayatan ilmu.


- Published in Aktiviti, Aktiviti 2025, Arkib Aktiviti
LAWATAN SAMBIL BELAJAR
Thursday, 2025
LAWATAN SAMBIL BELAJAR
Alhamdulillah, setelah menerima lawatan penuh bermakna dari Pulau Pinang, kini PERPUSTAM menyambut lawatan dari Sekolah Menengan Kebangsaan Tambun, Perak.
Pelbagai aktiviti berinformasi telah disusun bagi memperkaya pengalaman para pelajar. Antaranya :
Kami berharap lawatan ini dapat memberi inspirasi kepada generasi muda untuk terus berkembang dalam dunia pembelajaran, sekaligus memupuk kecintaan terhadap ilmu dan maklumat yang berguna.
Terima kasih kepada semua yang telah menjayakan lawatan ini, serta kepada pihak sekolah yang sudi berkunjung ke sini. Semoga ini lawatan ini menjadi langkah pertama dalam memperkukuh budaya ilmu dalam kalangan pelajar sekolah.


- Published in Aktiviti, Aktiviti 2025, Arkib Aktiviti
LAWATAN SAMBIL BELAJAR
Thursday, 2025
LAWATAN SAMBIL BELAJAR
Perbadanan Perpustakaan Awam Melaka (PERPUSTAM) berbesar hati menerima kunjungan istimewa daripada warga Sekolah Kebangsaan Taman Senangan, Butterworth, Pulau Pinang yang sanggup merentas perjalanan jauh dari utara ke selatan Semenanjung Malaysia semata-mata demi memperkaya ilmu dan pengalaman para pelajar.
Lawatan ini bukan sekadar kunjungan, tetapi satu pengembaraan ilmu yang sarat dengan aktiviti menarik dan bermanfaat. Sepanjang sesi, para pelajar disajikan dengan pelbagai pengalaman baharu melalui:
Setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih diucapkan. Semoga perjalanan ilmu ini menjadi kenangan terindah dan mencetuskan inspirasi untuk terus mencintai dunia pembacaan dan pengetahuan.


- Published in Aktiviti, Aktiviti 2025, Arkib Aktiviti
SAMBUTAN HARI KEBANGSAAN 2025 PERINGKAT NEGERI MELAKA
Wednesday, 2025
SAMBUTAN HARI KEBANGSAAN 2025 PERINGKAT NEGERI MELAKA
Kontinjen PERPUSTAM telah menyertai perarakan dan perbarisan sempena Sambutan Hari Kebangsaan Ke-68 peringkat Negeri Melaka. Penyertaan ini mencerminkan komitmen warga PERPUSTAM dalam menyemarakkan semangat patriotisme dan cintakan negara.
Tahniah dan penghargaan diucapkan kepada semua ahli kontinjen atas kerjasama dan semangat yang ditunjukkan sepanjang latihan dan pelaksanaan acara.
Semoga penglibatan ini menjadi pemangkin untuk terus menghayati erti kemerdekaan serta menyokong aspirasi Malaysia Madani: Rakyat Disantuni.

- Published in Aktiviti, Aktiviti 2025, Arkib Aktiviti
SAMBUTAN HARI KEBANGSAAN 2025
Wednesday, 2025
SAMBUTAN HARI KEBANGSAAN 2025
29 Ogos 2025 (Jumaat) – Perbadanan Perpustakaan Awam Melaka (PERPUSTAM) telah menyertai raptai penuh perbarisan sempena Majlis Sambutan Hari Kebangsaan 2025 Peringkat Negeri Melaka yang akan berlangsung pada 31 Ogos nanti.
Raptai ini diadakan sebagai persiapan akhir bagi memastikan kelancaran perbarisan dan susun atur kontinjen yang terlibat. Kontinjen PERPUSTAM telah menunjukkan komitmen tinggi serta semangat patriotisme yang membanggakan sepanjang sesi raptai berlangsung.
Terima kasih kepada semua ahli kontinjen yang telah memberikan kerjasama sepenuhnya.
Mari kita terus semarakkan sambutan Hari Kebangsaan dengan penuh rasa cinta dan bangga terhadap tanah air tercinta! 
Jumpa di hari perbarisan, 31 Ogos 2025!


- Published in Aktiviti, Aktiviti 2025, Arkib Aktiviti
PAMERAN PERPUSTAKAAN DI SEKOLAH TINGGI PEREMPUAN MELAKA
Thursday, 2025
PAMERAN PERPUSTAKAAN DI SEKOLAH TINGGI PEREMPUAN MELAKA
27 Ogos 2025 (Rabu) – Perbadanan Perpustakaan Awam Melaka (PERPUSTAM) telah mengadakan Pameran Perpustakaan bertempat di Sekolah Tinggi Perempuan Melaka, dengan penglibatan aktif daripada guru dan pelajar sekolah.
Pameran ini mengetengahkan pelbagai aktiviti interaktif dan informatif yang bertujuan untuk menarik minat pelajar terhadap dunia pembacaan, teknologi dan inovasi. Antaranya :
PERPUSTAM merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada pihak Sekolah Tinggi Perempuan Melaka atas jemputan ini.


- Published in Aktiviti, Aktiviti 2025, Arkib Aktiviti
KARNIVAL GERAKAN MEMBACA DAN PELUNCURAN DEKAD MEMBACA KEBANGSAAN SEMPENA SAMBUTAN BULAN KEBANGSAAN TAHUN 2025
Penyampaian Hadiah Pertandingan Bercerita, Cerita Rakyat Tempatan Kategori B tahap 2 :
: Adam Darwisy Bin Abdul Hafiz (SK Bukit Baru)
: Clara Chua E-Shuen (SJKC Yu Ying)
: Noor Amani Raudhah Binti Muhammad Na’im (SK Padang Temu)
SAGUHATI : Hannah Stasia lee (SJKC Pay Tec)
Nur Amni Alisha Binti Shamsul Bahari (SK Telok Mas)
Aira Marlya Binti Shamsul Ariff (SK (P) Methodist 1)
Muhammad Akbar Rizqi Bin Razali (SK Dato Demang Hussin)
Muhammad Ameer Fawwaz Bin Hassan Azme (SK Kg. Tun Razak)
Izzul Harith Bin Zainal (SK Bukit Baru)
Musfirah Binti Harman (SRA JAIM Pernu)
Terima kasih kepada semua pihak yang telah menjayakan Pertandingan Bercerita, Cerita Rakyat Tempatan Kategori B tahap 2 pada hari ini.
Syabas dan tahniah kepada semua pemenang serta yang terlibat secara langsung atau tidak langsung dalam menjayakan pertandingan ini.


- Published in Aktiviti, Aktiviti 2025, Arkib Aktiviti
KARNIVAL GERAKAN MEMBACA DAN PELUNCURAN DEKAD MEMBACA KEBANGSAAN SEMPENA SAMBUTAN BULAN KEBANGSAAN TAHUN 2025
Penyampaian Hadiah Pertandingan Bercerita, Cerita Rakyat Tempatan Kategori A tahap 1 :
: Muhammad Qowiyy Darwish Bin Muhammad Azwan (SK Bendahara Seri Maharaja)
: Izzara Khalishah Binti Shahrol (SK Malim)
: Dheia Dahlia Binti Azmi (SJKC Lih Jen)
SAGUHATI : Shahir Afwan Bin Mohammad Ashshabru Syakirin (SJKC Keh Seng)
Sai Shanniyaashikaa Rajes (SJKT Paya Rumput)
Insyirah Binti Zainal (SK Bendahara Seri Maharaja)
Aisyah Zafirah Binti Muhammad Zafir (SK Convent Infant Jesus1)
Nur Qamarina Binti Azni (SK Convent Infant Jesus 2)
Mas Adi Hidayat Bin Mas Adi Suwardi (SK Banda Hilir)
Zara Sakeenah Binti Zul Yazid (SJKC Ek Te)
Terima kasih kepada semua pihak yang telah menjayakan Pertandingan Bercerita, Cerita Rakyat Tempatan Kategori A tahap 1 pada hari ini.
Syabas dan tahniah kepada semua pemenang serta yang terlibat secara langsung atau tidak langsung dalam menjayakan pertandingan ini.


- Published in Aktiviti, Aktiviti 2025, Arkib Aktiviti













