PERPUSTAM sangat berbesar hati menerima kunjungan istimewa daripada warga Sekolah Rendah Api-Api, Johor. Lawatan ini bertujuan untuk memberi pendedahan tentang perkhidmatan-perkhidmatan yang disediakan serta memupuk budaya cintakan ilmu dan membaca dalam kalangan pelajar sejak dari peringkat awal pendidikan.
Sepanjang lawatan, para pelajar telah diberikan penerangan mengenai sejarah dan fungsi perpustakaan, kemudahan yang disediakan, serta pelbagai bahan bacaan dan teknologi maklumat yang terdapat disini. Aktiviti interaktif turut dijalankan bagi mencetuskan minat membaca dan memperkenalkan konsep literasi maklumat kepada para pelajar.
Perpustakaan Melaka amat menghargai kepercayaan yang diberikan oleh pihak Sekolah Rendah Api-Api, Johor dalam memilih Perpustakaan sebagai destinasi lawatan sambil belajar. Diharapkan kunjungan ini dapat memberikan pengalaman bermakna kepada para pelajar dan menjadi pemangkin dalam membina generasi celik maklumat serta berilmu tinggi.
Terima kasih diucapkan kepada pihak sekolah atas kerjasama yang baik sepanjang lawatan ini berlangsung. Semoga jalinan silaturahim dapat diteruskan pada masa akan datang.








