Jumaat | 23 Mei 2025 telah berlangsung satu majlis penuh bermakna melibatkan Pegawai dan Kakitangan lantikan baharu PERPUSTAM yang melafazkan Ikrar Aku Janji, Ikrar Bebas Rasuah, serta menandatangani Akta Rahsia Rasmi di hadapan YBrs. Tuan Pengarah PERPUSTAM. Majlis ini turut disaksikan oleh Pegawai Integriti PERPUSTAM, menandakan komitmen penuh organisasi terhadap budaya kerja yang telus dan berintegriti.
Dalam amanatnya, YBrs. Tuan Pengarah menekankan peri pentingnya nilai-nilai integriti, tanggungjawab, akauntabiliti, komitmen terhadap tugasan serta semangat kerjasama berpasukan dalam membina kecemerlangan perkhidmatan perpustakaan kepada masyarakat.
Semoga seluruh warga PERPUSTAM yang baharu dilantik dapat menjalankan tanggungjawab dengan penuh dedikasi, amanah dan profesionalisme, demi memartabatkan peranan institusi perpustakaan di negeri Melaka.








