HOLIDAY MANIA @ PERPUSTAM : AKTIVITI CUTI SEKOLAH
Thursday, 2026
JUMAAT 29 MEI 2026
Aktiviti menyeronokkan kali ini adik-adik diberikan peluang bermain dengan tanah liat. Aktiviti merupakan terapi yang baik untuk membantu perkembangan minda, emosi dan fizikal mereka.
Pada sebelah petang pula, adik-adik bermain “Radio Rosak”. Permainan ini dapat melatih kemahiran mendengar secara aktif, menguji ketepatan penyampaian maklumat dan pendedahan tentang bagaimana sesuatu mesej boleh berubah akibat salah tafsir atau salah faham.

- Published in Aktiviti, Aktiviti 2026, Arkib Aktiviti
No Comments
Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur 2026!
Thursday, 2026
Kami membawakan keunikan dan pesona Ala Melaka khas untuk pengunjung di Kuala Lumpur! 

Ayuh datang memeriahkan reruai kami dan rasai sendiri suasana Melaka tanpa perlu menyeberangi Selat Melaka! 

- Published in Aktiviti, Aktiviti 2026, Arkib Aktiviti
HOLIDAY MANIA @ PERPUSTAM : AKTIVITI CUTI SEKOLAH
Monday, 2026
![]()
@ : AKTIVITI CUTI SEKOLAH![]()
![]()
KHAMIS 28 MEI 2026
HELLO TEXT
Aktiviti cuti sekolah diteruskan lagi dengan pelbagai pengisian kreatif yang memberi peluang kepada kanak-kanak menonjolkan imaginasi dan bakat masing-masing. Mewarna dan melukis, yang bukan sahaja menyeronokkan malah membantu perkembangan kanak-kanak dari segi kemahiran motor halus, koordinasi tangan dan mata, keyakinan diri dan ekspresi emosi.
Pada sebelah petang pula, suasana menjadi lebih meriah dengan pelbagai aktiviti santai dan mencabar. Permainan Bawa Bola Dalam Sudu yang menguji fokus dan keseimbangan, serta permainan Rebut Kerusi yang menceriakan suasana dengan gelak tawa dan semangat kesukanan dalam kalangan peserta.

- Published in Aktiviti, Aktiviti 2026, Arkib Aktiviti
HOLIDAY MANIA @ PERPUSTAM : AKTIVITI CUTI SEKOLAH
Monday, 2026
SEALSA 26 MEI 2026
Di samping aktiviti yang menyeronokkan, adik-adik turut didedahkan dengan elemen sejarah khususnya berkaitan sejarah negeri Melaka. Pendedahan ini penting untuk membantu kanak-kanak mengenali asal usul negeri dan negara sekali gus membentuk jati diri serta semangat cintakan warisan sejarah.
Pada sebelah petang pula, suasana kembali meriah dengan pelbagai aktiviti santai dan menyeronokkan. Tiga permainan dijalankan secara serentak bagi memberi peluang kepada adik-adik memenangi hadiah-hadiah menarik yang berbeza.
Jumpa lagi di aktiviti seterusnya Khamis ini 

- Published in Aktiviti, Aktiviti 2026, Arkib Aktiviti
LAWATAN SAMBIL BELAJAR TABIKA Q-DEES KRUBONG JAYA
Monday, 2026
PERPUSTAM menerima kunjungan lawatan sambil belajar daripada Tabika Q-Dees Krubong Jaya. Lawatan ini bertujuan memberi pendedahan awal kepada adik-adik kita tentang pembelajaran digital yang menyeronokkan.
Sepanjang lawatan, adik-adik berpeluang meneroka teknologi Realiti Maya (VR) dan Realiti Terimbuh (AR) yang memberikan pengalaman pembelajaran lebih menarik dan kreatif. Selain itu, aktiviti Jom Baca 10 Minit turut diadakan di Perpustakaan Kanak-Kanak bagi memupuk minat membaca serta menyemai budaya ilmu dalam kalangan anak-anak sejak usia muda.
PERPUSTAM mengucapkan terima kasih atas kunjungan istimewa ini. Semoga pengalaman dan memori indah sepanjang lawatan ini dapat menyuntik semangat serta minat untuk terus meneroka dunia pembelajaran pada masa hadapan.

- Published in Aktiviti, Aktiviti 2026, Arkib Aktiviti
HOLIDAY @ PERPUSTAM : AKTIVITI CUTI SEKOLAH
Monday, 2026
Semoga semua aktiviti yang disertai adik-adik kita dapat memberi pengalaman berada di perpustakaan, pengetahuan dan manfaat untuk diri mereka sendiri. Kita jumpa aktiviti seterusnya 

- Published in Aktiviti, Aktiviti 2026, Arkib Aktiviti
Pameran Sempena Minggu ANTIDADAH dan Kerjaya Di SMK Simpang Bekoh, Jasin
21 MEI 2026 | KHAMIS
Alhamdulillah, hari yang penuh dengan aktiviti menarik bersama warga SMK Simpang Bekoh. Pelbagai pengisian dijalankan bagi memberi pengalaman pembelajaran yang lebih menyeronokkan, interaktif dan membuka peluang kepada para pelajar untuk meneroka perkara baharu.
Semoga setiap perkongsian dan aktiviti yang dijalankan dapat memberi manfaat serta menjadi inspirasi kepada pelajar untuk terus mencintai ilmu dan berani mencabar potensi diri. 
Terima kasih atas sambutan dan kerjasama yang diberikan. Jumpa lagi di program akan datang! 

- Published in Aktiviti, Aktiviti 2026, Arkib Aktiviti
Program Komuniti Berilmu, Negeri Sejahtera Sempena Program Wakil Rakyat Untuk Rakyat (WRUR) Dun Kota Laksamana
Monday, 2026
Semangat, kerjasama dan penyertaan semua pihak berjaya melancarkan perjalanan program ini. Tahniah semua !


- Published in Aktiviti, Aktiviti 2026, Arkib Aktiviti
Majlis Perasmian Program Komuniti Berilmu
Monday, 2026
Ilmu bukan sekadar dibaca, tetapi dibina bersama demi masa depan komuniti yang lebih hebat! 
Melalui Program Komuniti Berilmu, Negeri Sejahtera sempena DUN Kota Laksamana, kita satukan peranan wakil rakyat & perpustakaan sebagai jambatan ilmu untuk rakyat kerana masyarakat yang kuat lahir daripada rakyat yang berpengetahuan.
Perpustakaan bukan hanya tempat membaca, tetapi pusat perubahan komuniti! 
Kerana masyarakat yang hebat bermula dengan rakyat yang cintakan ilmu. 

- Published in Aktiviti, Aktiviti 2026, Arkib Aktiviti
Antara aktiviti yang dijalankan:
Terima kasih atas sambutan dan kerjasama yang sangat meriah daripada warga sekolah

- Published in Aktiviti, Aktiviti 2026, Arkib Aktiviti














