PERPUSTAM telah menerima lawatan 8 orang pegawai dan kakitangan daripada Akademi Kastam DiRaja Malaysia. Lawatan ini bertujuan untuk memberi pendedahan serta berkongsi amalan terbaik dalam pengurusan perpustakaan dan penyampaian perkhidmatan, sama ada secara fizikal atau digital.
Program bermula dengan taklimat daripada Ketua Bahagian Pengurusan Koleksi dan Perkhidmatan Perpustakaan, diikuti tinjauan ke seluruh kawasan perpustakaan termasuk kaunter perkhidmatan, ruang teknologi maklumat dan pelbagai kemudahan digital terkini yang ada.
PERPUSTAM mengucapkan terima kasih atas kesediaan AKMAL mengadakan kunjungan ini. Semoga kunjungan ini dapat memberi faedah bersama dan membuka peluang kerjasama serta pertukaran ilmu yang lebih erat pada masa akan datang.

- Published in Aktiviti, Aktiviti 2026, Arkib Aktiviti
No Comments
|
Warga Perpustakaan Cawangan Jasin dan Perpustakaan Bergerak berpeluang bersama-sama menjayakan Program Sokongan Profesional Dasar Pendidikan Negeri Melaka 2026 di SK Nyalas melalui pelbagai aktiviti interaktif dan menarik untuk para pelajar.
Antara aktiviti yang dibawakan:
Semoga perkongsian dan pengalaman ini dapat membuka lebih banyak ruang pembelajaran kreatif serta menyemai minat membaca dan meneroka dunia ilmu dalam kalangan generasi muda. 

- Published in Aktiviti, Aktiviti 2026, Arkib Aktiviti
Pameran Bas Bergerak Digital
Monday, 2026
Pelbagai aktiviti menarik telah diadakan sepanjang program berlangsung seperti:
Aktiviti yang dijalankan bukan sahaja menceriakan suasana malah turut memberi pendedahan kepada para pelajar tentang pelbagai perkhidmatan yang disediakan di perpustakaan. 
Terima kasih kepada pihak sekolah, guru-guru dan semua pelajar yang memberikan kerjasama serta semangat yang begitu baik sepanjang program dijalankan. Semoga program seperti ini dapat terus memupuk minat membaca, celik maklumat dan mendekatkan perpustakaan dengan komuniti sekolah.

- Published in Aktiviti, Aktiviti 2026, Arkib Aktiviti
Pada 19 Mei 2026 , telah berlangsungnya Program Gotong-Royong anjuran Perbadanan Perpustakaan Awam Melaka yang bertempat di Perpustakaan Negeri Melaka. Program ini melibatkan warga kerja perpustakaan yang bersama-sama berganding bahu dalam menjalankan aktiviti pembersihan dan menceriakan kawasan perpustakaan.
Suasana program berlangsung dengan penuh semangat kerjasama dan muafakat apabila setiap peserta memainkan peranan masing-masing bagi memastikan persekitaran perpustakaan sentiasa bersih, kemas dan selesa untuk para pengunjung. Selain dapat memupuk sikap cintakan kebersihan, program ini juga berjaya mengeratkan hubungan silaturahim antara warga kerja Perbadanan Perpustakaan Awam Melaka

- Published in Aktiviti, Aktiviti 2026, Arkib Aktiviti








