PERPUSTAM menerima kunjungan lawatan sambil belajar daripada Tabika Q-Dees Krubong Jaya. Lawatan ini bertujuan memberi pendedahan awal kepada adik-adik kita tentang pembelajaran digital yang menyeronokkan.
Sepanjang lawatan, adik-adik berpeluang meneroka teknologi Realiti Maya (VR) dan Realiti Terimbuh (AR) yang memberikan pengalaman pembelajaran lebih menarik dan kreatif. Selain itu, aktiviti Jom Baca 10 Minit turut diadakan di Perpustakaan Kanak-Kanak bagi memupuk minat membaca serta menyemai budaya ilmu dalam kalangan anak-anak sejak usia muda.
PERPUSTAM mengucapkan terima kasih atas kunjungan istimewa ini. Semoga pengalaman dan memori indah sepanjang lawatan ini dapat menyuntik semangat serta minat untuk terus meneroka dunia pembelajaran pada masa hadapan.








