Di samping aktiviti yang menyeronokkan, adik-adik turut didedahkan dengan elemen sejarah khususnya berkaitan sejarah negeri Melaka. Pendedahan ini penting untuk membantu kanak-kanak mengenali asal usul negeri dan negara sekali gus membentuk jati diri serta semangat cintakan warisan sejarah.
Pada sebelah petang pula, suasana kembali meriah dengan pelbagai aktiviti santai dan menyeronokkan. Tiga permainan dijalankan secara serentak bagi memberi peluang kepada adik-adik memenangi hadiah-hadiah menarik yang berbeza.
Jumpa lagi di aktiviti seterusnya Khamis ini 








