JUMAAT 29 MEI 2026
Aktiviti menyeronokkan kali ini adik-adik diberikan peluang bermain dengan tanah liat. Aktiviti merupakan terapi yang baik untuk membantu perkembangan minda, emosi dan fizikal mereka.
Pada sebelah petang pula, adik-adik bermain “Radio Rosak”. Permainan ini dapat melatih kemahiran mendengar secara aktif, menguji ketepatan penyampaian maklumat dan pendedahan tentang bagaimana sesuatu mesej boleh berubah akibat salah tafsir atau salah faham.








