Lawatan Daripada Sekolah Kebangsaan Ayer Baloi
Thursday, 2026
18/06/2026
PERPUSTAM menerima kunjungan pelajar Program Pendidikan khas Integrasi (PPKI) dari SK Ayer Baloi, Pontian, Johor seramai 33 orang pelajar, 10 orang guru termasuk pembantu murid dan turut hadir ibu bapa atau penjaga.
Lawatan bertujukan untuk mendidik adik-adik kita melihat perpustakaan dengan lebih dekat, berinteraksi dengan masyarakat luar dan memberi peluang kepada mereka untuk belajar sambil berhibur.
Antara aktiviti yang dijalankan adalah :
Semoga pengisian dan pengalaman mereka kali ini sedikit sebanyak dapat memupuk dan mendidik diri adik-adik kita, membuka minda pandangan yang luas terhadap dunia yang penuh dengan ilmu yang boleh dipelajari.

- Published in Aktiviti, Aktiviti 2026, Arkib Aktiviti
No Comments
Promosi Perkhidmatan U-Pustaka
Tuesday, 2026
Bersempena Program Aspirasi Ilmu Untuk Semua Sempena Program Wakil Rakyat Untuk Rakyat ( WRUR) Dun Telok Mas @ Perpustakaan Pekan Telok Mas, PERPUSTAM turut menjalankan promosi perkhidmatan u-Pustaka : u-Library
Promosi tersebut meliputi Bengkel Jom Teroka Dunia Digital : Eksplorasi U-Pustaka yang memberi pendedahan tentang cara mengakses pelbagai bahan bacaan digital dengan mudah. Selain itu, reruai U-Pustaka turut dibuka untuk memperkenalkan perkhidmatan yang ditawarkan serta membantu pendaftaran ahli baharu.

- Published in Aktiviti, Aktiviti 2026, Arkib Aktiviti
Selesai sudah satu lagi kisah indah tercipta di PERPUSTAM.
Alhamdulillah, Program Aspirasi Ilmu Untuk Semua berlangsung dengan penuh kemeriahan dan sambutan yang amat menggalakkan.
Terima kasih kepada semua peserta, rakan strategik dan warga kerja yang bertungkus-lumus menjayakan program ini.
Semoga setiap ilmu yang dikongsi menjadi manfaat buat komuniti.
“Wakil Rakyat & Perpustakaan: Bersama Membina Komuniti Berilmu.”


- Published in Aktiviti, Aktiviti 2026, Arkib Aktiviti
Program Aspirasi Ilmu Untuk Semua Sempena Program Wakil Rakyat Untuk Rakyat (WRUR) Telok Mas@Perpustakaan Pekan Telok Mas
Tuesday, 2026
Selain pertandingan yang dianjurkan, program ini turut dimeriahkan dengan pelbagai pameran dan aktiviti santai untuk para pengunjung, sekali gus menjadikan suasana lebih interaktif, menyeronokkan dan bermanfaat.
Antara aktiviti yang diadakan ialah:
“Wakil Rakyat & Perpustakaan: Bersama Membina Komuniti Berilmu.” 

- Published in Aktiviti, Aktiviti 2026, Arkib Aktiviti
PROGRAM BACA BERSAMA PRA SEKOLAH 2026
Friday, 2026
RABU | 10 JUN 2026 – Alhamdulillah, program di SK Seri Bandar telah berlangsung dengan meriah dan lancar. Pelbagai aktiviti menarik telah dijalankan antaranya:
Terima kasih kepada pihak SK Seri Bandar dan guru-guru serta adik-adik prasekolah atas sambutan dan kerjasama yang diberikan sepanjang program berlangsung.
Semoga program ini dapat memupuk minat membaca dan menanam budaya ilmu dalam kalangan anak-anak sejak usia awal.

- Published in Aktiviti, Aktiviti 2026, Arkib Aktiviti
Majlis Perasmian Sambutan Hari Pustakawan Kebangsaan dan Hari Arkib Antarabangsa Peringkat Negeri Melaka 2026
Thursday, 2026
Majlis Perasmian Sambutan Hari Pustakawan Kebangsaan dan Hari Arkib Antarabangsa Peringkat Negeri Melaka 2026 telah disempurnakan oleh YB Datuk Haji Rosli Bin Abdullah, Timbalan EXCO Pendidikan, Pengajian Tinggi dan Hal Ehwal Agama Negeri Melaka merangkap Pengerusi Perbadanan Perpustakaan Awam Melaka (PERPUSTAM), yang berlangsung di Dewan Lekir, PERPUSTAM.
Terima kasih kepada semua tetamu, rakan strategik, peserta dan warga kerja yang hadir bagi memeriahkan sambutan ini. Semoga program yang dianjurkan dapat terus memperkasakan peranan pustakawan dan arkib sebagai pemangkin masyarakat berilmu serta menyokong pembangunan negeri yang berteraskan ilmu dan maklumat.

- Published in Aktiviti, Aktiviti 2026, Arkib Aktiviti
Terima kasih kepada semua yang hadir dan mengikuti Forum Hari Pustakawan Kebangsaan dan Hari Arkib Antarabangsa Peringkat Negeri Melaka 2026 yang telah berlangsung di Dewan Lekir PERPUSTAM pada 9 Jun 2026
Pelbagai perkongsian menarik, pandangan bernas dan pengalaman berharga telah dikongsikan oleh para panel jemputan sepanjang forum berlangsung. Semoga sesi ini memberi manfaat dan inspirasi kepada semua yang terlibat dalam dunia kepustakawanan, pengurusan maklumat dan kearkiban.
Jom layan beberapa gambar sekitar program yang sempat dirakamkan.

- Published in Aktiviti, Aktiviti 2026, Arkib Aktiviti
HOLIDAY MANIA @ PERPUSTAM : AKTIVITI CUTI SEKOLAH
Thursday, 2026
JUMAAT 5 JUN 2026
PERMAINAN INTERAKTIF BERSAMA KAKITANGAN PERKHIDMATAN 

Aktiviti terakhir hari ini, adik-adik berpeluang merasai pengalaman pembelajaran interaktif melalui permainan dan teknologi seperti ClassVR, Wall@Live, Matt@Live dan Robotik. Aktiviti yang menggabungkan unsur pembelajaran yang menyeronokkan, malah membantu meningkatkan kreativiti, kemahiran berfikir serta minat terhadap teknologi.
Pihak PERPUSTAM merakamkan ucapan terima kasih kepada semua adik-adik dan peserta yang telah menyertaiaktiviti Cuti Sekolah PERPUSTAM kali ini. Semoga segala pengalaman, ilmu, kenangan yang diperoleh dapat membantu membina keyakinan diri, memupuk semangat kerjasama serta membentuk jati diri yang positif.
Jumpa lagi pada cuti sekolah yang akan datang. Teruskan belajar, berkreativiti dan mencipta pengalaman baharu! 




- Published in Aktiviti, Aktiviti 2026, Arkib Aktiviti
HOLIDAY MANIA @ PERPUSTAM : AKTIVITI CUTI SEKOLAH
Thursday, 2026
HOLIDAY MANIA @ PERPUSTAM : AKTIVITI CUTI SEKOLAH
KHAMIS 4 JUN 2026
Aktiviti hari ini berlangsung dengan lebih meriah apabila penyertaan turut dibuka kepada ibu bapa. Pada sesi pagi, para peserta menyertai cabaran membina menara menggunakan cawan dan seterusnya membawa menara tersebut ke lokasi yang ditetapkan tanpa roboh atau musnah.
Pada sebelah petang pula, adik-adik berpeluang menghasilkan keychain mengikut kreativiti masing-masing menggunakan bahan-bahan yang disediakan. Aktiviti ini memberi ruang kepada mereka untuk berkarya sambil mengasah kemahiran dan imaginasi.

- Published in Aktiviti, Aktiviti 2026, Arkib Aktiviti
HOLIDAY MANIA @ PERPUSTAM: : AKTIVITI CUTI SEKOLAH
Thursday, 2026
Rabu 3 JUN 2026
Aktiviti cuti sekolah diteruskan lagi dengan aktiviti menarik dan menyeronokkan untuk adik-adik. Pada sesi pagi, adik-adik menyertai aktiviti mewarna gambar kucing comel yang sedang membaca buku.
Sebelah petang pula, suasana menjadi lebih meriah dengan aktiviti bowling padang. Adik-adik berpeluang menguji kemahiran membaling bola sambil memupuk semangat kesukanan, kerjasama dan keyakinan diri. Gelak tawa serta sorakan semangat daripada rakan-rakan menjadikan aktiviti ini lebih menyeronokkan.

- Published in Aktiviti, Aktiviti 2026, Arkib Aktiviti














