24 JUN 2026 | RABU
PERPUSTAM menerima kunjungan pelajar prasekolah SK Durian Daun yang berjumlah 25 orang murid, guru pengiring dan ibu bapa.
Selesai sesi membaca 10 minit di perpustakaan kanak-kanak, lawatan ini diserikan lagi dengan aktivti menarik seperti sesi bercerita oleh Abang Amir, persembahan boneka dan teka-teki, jom menari menyanyi dan permainan interaktif seperti Realiti Maya (VR) dan Realiti Terimbuh (AR).
Semoga pengisian lawatan ini mendidik adik-adik kita untuk mencintai ilmu dan menjadikan perpustakaan sebagai tempat yang menyeronokkan untuk belajar.








