23 Jun 2026 | Selasa
Alhamdulillah, selesai sudah Program Komuniti: Minda Berilmu, Komuniti Gemilang sempena Program Wakil Rakyat Untuk Rakyat (WRUR) Dun Rim yang berlangsung dengan jayanya di Perpustakaan Awam Cawangan Jasin.
Setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih diucapkan kepada YB Datuk Khaidhirah Binti Datuk Seri Abu Zahar atas kesudian hadir merasmikan program ini, serta kepada semua agensi, peserta, guru-guru, pelajar dan masyarakat setempat yang bersama-sama memeriahkan majlis.
Terima kasih atas sokongan dan penyertaan yang luar biasa dalam menjayakan pelbagai aktiviti yang telah berlangsung sepanjang program. Semoga usaha ini dapat terus menyemarakkan budaya membaca, memperkukuh literasi maklumat serta menjadikan perpustakaan sebagai nadi ilmu dan pusat komuniti.
“Wakil Rakyat & Perpustakaan: Bersama Membina Komuniti Berilmu”








