29 JUN 2026 | ISNIN
PERPUSTAM telah menerima kunjungan daripada Pusat Pembelajaran Kejiranan (PPK) Perbadanan Putrajaya (PPj) yang melibatkan pegawai dan pelajar dari pelbagai sekolah.
Lawatan ini bertujuan memperkenalkan konsep pusat sumber digital sebagai pusat pembelajaran moden, serta meningkatkan literasi maklumat dan kemahiran teknologi maklumat dalam kalangan pelajar dan kakitangan bagi menyokong pengurusan yang lebih efisien.
Aktiviti yang diadakan:
Diharapkan lawatan ini dapat membuka minda pelajar dan pegawai tentang kepentingan perpustakaan digital dalam era kini, mendorong mereka menggunakan sumber perpustakaan secara aktif seterusnya melahirkan generasi yang celik teknologi dan berpengetahuan.








