Majlis Pelancaran Nilam 2026
Wednesday, 2026
PAMERAN DI SK SERI MENDAPAT
09 Mac 2026 (Isnin) – Perbadanan Perpustakaan Awam Melaka (PERPUSTAM) hadir ke Sekolah Kebangsaan Seri Mendapat untuk mempromosikan perkhidmatan PERPUSTAM sempena Majlis Pelancaran Nilam 2026.
Antara yang dipersembahkan kepada adik-adik SK Seri Mendapat adalah :
Semoga pameran ini memberi peluang kepada adik-adik kita menikmati hiburan berunsur pendidikan.
Pihak PERPUSTAM merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada pihak sekolah SK Seri Mendapat atas jemputan serta layanan mesra sepanjang program berlangsung. Semoga kerjasama ini dapat diteruskan pada masa akan datang.


- Published in Aktiviti, Aktiviti 2026, Arkib Aktiviti, Uncategorised
No Comments
KONDA KONDI SUKAN ANTARA JABATAN 2026
Monday, 2026
Konda Kondi, Game Legend – Sukan Antara Jabatan 2026!
Siapa sangka permainan tradisional masih mampu gegarkan suasana!
Sekali pukul, terus gegar gelanggang!
Di pentas Sukan Antara Jabatan 2026, warga PERPUSTAM buktikan bukan sekadar hebat dengan buku, turun padang pun tetap padu
Warisan dijaga, semangat diperkasa!

- Published in Aktiviti, Aktiviti 2026, Arkib Aktiviti
MAJLIS PERPISAHAN PELAJAR PRAKTIKAL
Monday, 2026
13 Februari 2026 (Jumaat) – Satu Majlis Perpisahan telah dianjurkan bagi menghargai para pelajar praktikal yang telah menamatkan tempoh Latihan Industri mereka di PERPUSTAM dengan jayanya. Majlis ini diadakan sebagai simbol penghargaan serta tanda terima kasih atas komitmen, kesungguhan dan sumbangan berharga yang telah diberikan sepanjang tempoh latihan mereka di PERPUSTAM.
Pelajar-pelajar yang diraikan dalam majlis tersebut adalah seperti berikut:
Sehubungan dengan itu, seluruh warga PERPUSTAM dengan penuh keikhlasan ingin merakamkan ucapan penghargaan dan terima kasih atas segala sumbangan yang telah diberikan.
Semoga pengalaman serta pengetahuan yang diraih sepanjang menjalani latihan di PERPUSTAM dapat menjadi bekalan yang bernilai dalam meneruskan pengajian dan melangkah ke alam kerjaya pada masa hadapan.

- Published in Aktiviti, Aktiviti 2026, Arkib Aktiviti
Perlawanan Dart Sukan Antara Jabatan 2026 pada 12–13 Februari di Kompleks Belia & Sukan Melaka
Monday, 2026
Perlawanan Dart Sukan Antara Jabatan 2026 pada 12–13 Februari di Kompleks Belia & Sukan Melaka menyaksikan aksi penuh fokus dan strategi, dengan penyertaan penuh semangat daripada pasukan PERPUSTAM
Ingat warga perpustakaan hanya mahir dengan buku? Di papan dart pun kami tak kurang hebat!
Tepat sasaran, padu semangat, kukuh berpasukan!

- Published in Aktiviti, Aktiviti 2026, Arkib Aktiviti
Harini bukan jentik biasa-biasa… ni jentik penuh strategi Team Karom turun padang SAJ 2026 di Kompleks Sukan Ayer Keroh. Alhamdulillah, Naib Johan Kumpulan E !
Esok kita sambung jentik sampai final, insya-Allah!
PERPUSTAM turut mengambil bahagian dalam pembukaan kejohanan ini, mempamerkan semangat berpasukan serta komitmen dalam memeriahkan Sukan Antara Jabatan Kali Ke-VI 2026.
Ayuh teruskan semangat sihat, muafakat dan kebersamaan! 





- Published in Aktiviti, Aktiviti 2026, Arkib Aktiviti
MAJLIS PENYERAHAN WATIKAH PELANTIKAN PEMIMPIN MUDA 2026
SK TANJUNG MINYAK 2
YBrs Encik Mohamed Aizammuddy Bin Mohamed Idris, Pengarah PERPUSTAM telah diberi penghormatan untuk merasmikan dan seterusnya menyempurnakan Majlis Penyerahan Watikah Pelantikan Pemimpin Muda 2026 yang berlangsung di SK Tanjung Minyak 2.
Tahniah dan syabas diucapkan kepada semua murid yang telah dilantik sebagai Pemimpin Muda 2026. Semoga amanah yang diberikan dapat dilaksanakan dengan penuh dedikasi, berintegriti serta menjadi contoh teladan kepada rakan sebaya.




- Published in Aktiviti, Aktiviti 2026, Arkib Aktiviti
Terima Lawatan Kerja Jabatan Mufti Negeri Sembilan: Perpustakaan Bergerak Melaka/Smart Mobile Library
Wednesday, 2026
PERPUSTAM berbesar hati menerima lawatan kerja daripada Jabatan Mufti Negeri Sembilan bagi melihat Perpustakaan Bergerak Melaka atau Smart Mobile Library serta mendapatkan perkongsian idea berkaitan pelaksanaannya. Rombongan lawatan turut dibawa melihat kemudahan perpustakaan digital dan permainan interaktif seperti Virtual Reality (VR) dan Augmented Reality (AR). Lawatan ini telah diketuai oleh Ustaz Angk Bolkhizan bin Ahmad Thani dan disambut oleh YBrs. Encik Mohamed Aizammuddy bin Mohamed Idris, Pengarah PERPUSTAM.
Diharapkan lawatan ini dapat menjadi platform perkongsian ilmu dan idea serta membuka ruang kerjasama antara PERPUSTAM dan Jabatan Mufti Negeri Sembilan pada masa akan datang.


- Published in Aktiviti, Aktiviti 2026, Arkib Aktiviti
Majlis Perasmian Sukan Antara Jabatan/Agensi Kali ke-VI 2026
Wednesday, 2026
Stadium Hang Tuah gegar malam ni!
Majlis Perasmian Sukan Antara Jabatan/Agensi Kali ke-VI 2026
PERPUSTAM dengan penuh semangat menyertai Majlis Perasmian Sukan Antara Jabatan/Agensi Kali Ke-VI Tahun 2026. Majlis telah disempurnakan oleh YB Datuk Wira Azhar bin Arshad, Setiausaha Kerajaan Negeri Melaka.
Penyertaan ini mencerminkan komitmen warga PERPUSTAM dalam memupuk gaya hidup sihat, semangat berpasukan dan perpaduan antara jabatan serta agensi.
Ayuh, PERPUSTAM! Berjuang dengan semangat kesukanan dan kebersamaan!

- Published in Aktiviti, Aktiviti 2026, Arkib Aktiviti
PROGRAM PEMBUDAYAAN PERKHIDMATAN CEMERLANG
Monday, 2026
PERPUSTAM telah mengadakan Program Pembudayaan Perkhidmatan Cemerlang pada 5 Februari 2026 bertempat di Dewan Tuah, PERPUSTAM. Program dimulakan dengan bacaan Ikrar Akta Rahsia Rasmi 1972 dan Ikrar Bebas Rasuah yang disertai oleh semua Warga PERPUSTAM.
Program ini turut diserikan dengan penyampaian amanat oleh YB Datuk Haji Rosli bin Abdullah, Pengerusi PERPUSTAM, serta Encik Mohamed Aizammuddy bin Mohamed Idris, Pengarah PERPUSTAM.
Selain itu, majlis ini turut dimeriahkan dengan sesi meraikan warga PERPUSTAM yang menyambut bulan kelahiran bagi bulan Januari dan Februari, serta penyampaian penghargaan kepada wakil Majlis Bersama Jabatan (MBJ) penggal yang lalu atas komitmen dan sumbangan yang telah diberikan.
Semoga penganjuran program ini dapat mengeratkan silaturahim serta menyemai semangat kerjasama dan budaya kerja cemerlang dalam kalangan seluruh warga PERPUSTAM di semua rangkaian perpustakaan.


- Published in Aktiviti, Aktiviti 2026, Arkib Aktiviti
PERPUSTAM telah mengadakan pameran sempena Minggu Pusat Sumber Sekolah Tahun 2026 di Sekolah Kebangsaan Cheng, Melaka. di Sekolah Kebangsaan Cheng, Melaka.
Pelbagai aktiviti menarik dijalankan antaranya :



- Published in Aktiviti, Aktiviti 2026, Arkib Aktiviti














