PERPUSTAM menerima kunjungan daripada Tadika Pasti Annuriah seramai 80 orang pelajar dan 8 orang guru.
Adik-adik kita dipersembahkan dengan pelbagai aktiviti menarik antaranya sesi bercerita oleh Kak Serina bertajuk Swan Yang Hodoh, sesi kuiz, menari bersama dengan lagu-lagu menarik, lawatan ke perpustakaan kanak-kanak, jom baca 10 minit dan permainan interaktif seperti VR, Wall @live, Matt @live dan Permainan Robotik.
Semoga lawatan adik-adik kita pada hari ini dapat memberi peluang untuk merasai pembelajaran dalam bentuk hiburan dan membuka mata mereka bahawa perpustakaan tempat yang seronok untuk mengisi masa lapang dan memperoleh ilmu pengetahuan.










