Bukan sekadar buku – ada aktiviti menarik, ilmu bermanfaat dan peluang eratkan komuniti!
Ramai sungguh hari ini yang hadir ke Program Komuniti Jom Santai @ Perpustakaan Desa Pulau Sebang Sempena Program Wakil Rakyat Untuk Rakyat (WRUR) DUN Gadek pada 16 April 2026 (Khamis).
Pelbagai aktiviti disediakan:
– Pakaian Beragam Tema Tradisional (Pra Sekolah/Tabika/Tadika)
– Mewarna (Pra Sekolah/Tabika/Tadika)
– Mewarna (Tahap 1)
– Bijak Bahasa (Tahap 2)
– Kolaj (Terbuka Berpasangan)
– Masakan Kuih Tradisional (Dewasa)
– Capteh (Terbuka)
– Kuiz Perpustakaan (Terbuka)
– Teka Muka Surat Buku (Terbuka)
– Dam Ular Gergasi (Terbuka)
– Cabutan Bertuah
– Jualan Buku, Majalah & Zon Interaktif PERPUSTAM
– Pameran Polis Diraja Malaysia (PDRM)
– Pameran Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK)
– Pameran Kolej Komuniti Selandar










