Syukur Alhamdulillah ! Program Komuniti Jom Santai @ Perpustakaan Desa Pulau Sebang Sempena Program Wakil Rakyat Untuk Rakyat (WRUR) DUN Gadek telah berlangsung dengan penuh warna-warni dan semangat komuniti pada 16 April 2026 (Khamis).
Program ini dirasmikan oleh YB Datuk VP Shanmugam A/L V. Pitchay, Exco Pembangunan Belia, Sukan dan Badan Bukan Kerajaan (NGO) Merangkap ADUN Gadek dan turut dihadiri YB Datuk Haji Rosli bin Abdullah, Pengerusi Perbadanan Perpustakaan Awam Melaka dan YBrs Encik Mohamed Aizammuddy bin Mohamed Idris, Pengarah Perbadanan Perpustakaan Awam Melaka.
Terima kasih kepada semua yang menjayakan program pada kali ini! 
Jumpa lagi di program akan datang! Teruskan menyokong perpustakaan sebagai pusat ilmu dan komuniti. 










