Alhamdulillah, hari ini Perpustakaan Desa Felda Bukit Senggeh bertukar menjadi medan ukhuwah melalui Program Komuniti “Jendela Ilmu, Denyut Komuniti” @ Perpustakaan Desa Felda Bukit Senggeh sempena Program Wakil Rakyat untuk Rakyat (WRUR) Dun Asahan.
Majlid Perasmian telah disempurnakan oleh YB Datuk Fairul Nizam bin Roslan, EXCO Sains, Teknologi, Inovasi dan Komunikasi Digital merangkap Ahli Dewan Undangan Negeri DUN Asahan.
Majlis Perasmian turut dihadiri oleh YB Datuk Haji Rosli bin Abdullah, Pengerusi PERPUSTAM, Ybhg. Datuk Rahizi bin Ranom, Pegawai Daerah Jasin, Yang Berusaha Encik Mohamed Aizammuddy bin Mohamed Idris, Pengarah Perbadanan Perpustakaan Awam Melaka.
Senyuman anak-anak dan semangat penduduk setempat benar-benar membuktikan yang ilmu itu menyatukan kita. Terima kasih semua yang menjayakan program kali ini. 
Jumpa lagi akan datang 













