18/06/2026
PERPUSTAM menerima kunjungan pelajar Pendidikan Khas dari SMK Dato’ Sulaiman, Batu Pahat, Johor sempena Program Pengkayaan PDPC Murid Berkeperluan Pendidikan Khas (MBPK) yang berjumlah 66 orang murid dan 15 orang guru termasuk pembantu pengurusan murid.
Lawatan bertujuan untuk memberi pendedahan kepada para pelajar tentang pengurusan perpustakaan, memupuk budaya membaca dan memberi pengalaman berinteraksi sosial dengan masyarakat sekeliling.
PERPUSTAM menyediakan aktiviti-aktiviti menarik untuk mengisi pengalaman adik-adik kita ketika berada di perpustakaan, antaranya :
Terima kasih kerana menjadikan perpustakaan sebagai wadah untuk menimba pengalaman, memperluas pengetahuan, serta meneroka dan mengamalkan ilmu yang bermanfaat.








