RABU | 12 FEBRUARI 2025
Sesi Pagi : Aktiviti “Istana Cinta bersama Kak Joy”
Sesi Petang : Aktiviti “Ikut Rentak Irama Jiwa bersama Abang Aiman”
PERPUSTAM sentiasa komited bagi memastikan kandungan aktiviti sepanjang cuti sekolah ini memberikan banyak kebaikan kepada semua baik dari segi perkembangan minda mahupun akademik. Aktiviti pagi ini diadakan secara berkumpulan dimana adik-adik perlu menyelesaikan cebisan-cebisan mini lego mengikut panduan yang disediakan. Kumpulan yang pantas menyelesaikannya dikira pemenang.
Sesi petang pula diadakan satu aktiviti santai bersama Abang Aiman. Adik-adik perlu memberikan bola kepada rakan sebelah secara bulatan ketika muzik dimainkan dan apabila muzik dihentikan secara tiba-tiba peserta yang masih memegang bola akan tersingkir. Menarik sungguh aktiviti ini, tak henti-henti bergelak tawa sampai mengalir air mata.
Terima kasih kerana berjaya meriuhkan suasana PERPUSTAM hari ini. Ayuh kita habiskan baki cuti sekolah ini dengan berkampung di perpustakaan. Tanpa anda semua, aktiviti cuti sekolah ini tidak bermakna.








