26 FEBRUARI 2025 | RABU
PERPUSTAM telah mengadakan Kursus Kesedaran Diri dan Kecergasan Emosi (Self-Awareness & Emotional Intelligence Training) yang berlangsung selama 2 hari bermula 25 -26 Februari 2025 bertempat di Dewan Tuah. Seramai 45 orang kakitangan terlibat bagi kursus pada kali ini.
PERPUSTAM juga merakamkan ucapan terima kasih kepada Encik Mohd Hussaini bin Hussein dari Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP) dan Puan Siti Hasiah binti Jusoh dari Kementerian Pertahanan Malaysia (MINDEF) yang telah memberikan pengisian motivasi dan aktiviti yang membina bagi kesedaran diri dan emosi kepada Pegawai dan Kakitangan PERPUSTAM.
Semoga kursus ini mampu meningkatkan lagi produktiviti serta kemampuan kakitangan dalam mengelola emosi kendiri ketika menjalankan tugas.








