KHAMIS | 13 FEBRUARI 2025
Sesi Pagi : Aktiviti “Bunga-Bunga Cinta bersama Kak Nanad”
Sesi Petang : Aktiviti “Menongkah Arus bersama Abang Khairien”
Tidak sangka sudah dekat sebulan PERPUSTAM mengadakan aktiviti sempena cuti sekolah ini. Pelbagai celoteh dan memori indah adik-adik telah terpahat di sini. Semoga ia kekal subur di hati adik-adik sehingga dewasa nanti
Pada pagi Khamis yang bertuah ini, adik-adik telah menjalani aktiviti DIY bersama Kak Nanad. Sungguh terserlah dan terpancar daya kreativiti adik-adik ketika membuat rantai kunci berbentuk bunga yang cantik
. Dah alang-alang pandai tu, boleh hadiahkan untuk ibu bapa nanti.
Siapa pernah dengar Permainan Galah Panjang? Orang lama mesti tahu sebab inilah Permainan tradisional kanak-kanak zaman dahulu sebelum wujudnya GADJET-GADJET ini. Abang Khairien nostalgiakan waktu petang adik-adik dengan Permainan LEGEND ini. Betul-betul HAVOC
dibuatnya sampai berbasah kuyup adik-adik bermandi peluh.
PERPUSTAM mengucapkan tahniah kepada pemenang dan terima kasih kepada semua yang turut serta aktiviti hari ini. Esok merupakan hari terakhir aktiviti bersama PERPUSTAM sempena cuti sekolah. Kami menantikan kehadiran anda semua.








