BENGKEL LITERASI MAKLUMAT DAN PAMERAN PERPUSTAKAAN DI SJKC PAY CHEE, PULAU SEBANG
14 Ogos 2025 (Khamis) – Perbadanan Perpustakaan Awam Melaka (PERPUSTAM) telah dijemput bagi mengadakan Bengkel Literasi Maklumat dan Pameran Perpustakaan bertempat di SJKC Pay Chee, Pulau Sebang, dengan penglibatan aktif daripada guru dan pelajar sekolah.
Salah satu komponen utama bengkel ini ialah pengenalan kepada perkhidmatan u-Pustaka : u-Library, iaitu sebuah platform digital bersepadu yang menyediakan akses kepada pelbagai sumber ilmu secara dalam talian.
Pelajar dan guru dibimbing mengenai cara-cara menggunakan u-Pustaka : u-Library dengan efektif, termasuk carian bahan digital, peminjaman e-buku, dan penyertaan dalam program literasi digital yang ditawarkan secara maya.
Usai bengkel literasi maklumat, turut berlangsung Pameran Perpustakaan yang mengetengahkan pelbagai aktiviti interaktif dan informatif yang bertujuan untuk menarik minat pelajar terhadap dunia pembacaan, teknologi dan inovasi. Antaranya :
PERPUSTAM merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada pihak SJKC Pay Chee, Pulau Sebang atas jemputan ini.










