MAJLIS PENUTUP KURSUS KE ARAH TRANSFORMASI PERKHIDMATAN PERPUSTAKAAN
13 Ogos 2025 (Rabu) – Kursus Ke Arah Transformasi Perkhidmatan Perpustakaan anjuran Perbadanan Perpustakaan Awam Melaka (PERPUSTAM) yang berlangsung selama tiga hari, bermula 11 hingga 13 Ogos 2025, telah melabuhkan tirainya dengan jayanya.
Kursus ini telah menghimpunkan para peserta daripada Perpustakaan Awam Negeri dan Perpustakaan Akademik dengan objektif untuk memperkasakan kemahiran serta membina pemikiran baharu dalam menyediakan perkhidmatan perpustakaan yang lebih dinamik, mesra pelanggan dan selari dengan perkembangan teknologi semasa.
Antara pengisian utama sepanjang kursus ini termasuk:
Pihak PERPUSTAM merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada barisan penceramah yang telah memberikan sumbangan ilmu dan pengalaman yang amat bermakna sepanjang kursus ini:
Majlis penutup kursus ini telah disempurnakan oleh Encik Mohamed Aizammuddy bin Mohamed Idris, Pengarah PERPUSTAM yang turut menyampaikan amanat penting berkaitan aspirasi transformasi perkhidmatan perpustakaan ke arah kecemerlangan dan kelestarian masa depan.
Adalah diharapkan agar segala ilmu dan pengalaman yang diperoleh sepanjang kursus ini dapat dimanfaatkan sepenuhnya oleh semua peserta dalam usaha meningkatkan mutu perkhidmatan di perpustakaan masing-masing.
Sekalung tahniah dan terima kasih kepada semua yang terlibat. Semoga inisiatif transformasi ini akan terus diteruskan dengan semangat yang tinggi demi kemajuan dunia perpustakaan tanah air.









