CUTI SEKOLAH : SEMAIKAN KASIH @PERPUSTAM 18
Sunday, 2025
JUMAAT | 14 FEBRUARI 2025
Aktiviti “Name Tape Painting bersama Miss Ling Ling”
Aktiviti penutup sempena cuti sekolah ini diwarnai dengan aktiviti bersama Miss Ling-Ling. Aktiviti ini bukan hanya mengasah kreativiti, tetapi juga membantu meningkatkan fokus koordinasi tangan dan mata. Setiap warna dan bentuk yang dipilih memperkuatkan ekspresi diri, manakala proses menanggalkan tape memberikan kepuasan tersendiri. Seni yang penuh dengan kebaikan terapi dan keseronokan berjaya menghasilkan satu karya yang unik.
Setiap pertemuan pasti ada perpisahan, tapi kenangan yang kita lakarkan akan selalu terpahat dalam hati. PERPUSTAM mengucapkan ribuan terima kasih untuk semua tawa, cerita, dan momen indah yang telah kita lalui bersama. Semoga adik-adik dapat pelajari sesuatu yang bermanfaat dan berfaedah daripada aktiviti-aktiviti yang telah kami jalankan. PERPUSTAM juga mendoakan semoga sesi persekolahan adik-adik dipermudahkan dan belajar elok-elok ya. Insya-Allah nanti kita bertemu lagi pada cuti sekolah akan datang.

- Published in Aktiviti, Aktiviti 2025, Arkib Aktiviti
No Comments
CUTI SEKOLAH : SEMAIKAN KASIH @PERPUSTAM 17
Sunday, 2025
KHAMIS | 13 FEBRUARI 2025
Sesi Pagi : Aktiviti “Bunga-Bunga Cinta bersama Kak Nanad”
Sesi Petang : Aktiviti “Menongkah Arus bersama Abang Khairien”
Tidak sangka sudah dekat sebulan PERPUSTAM mengadakan aktiviti sempena cuti sekolah ini. Pelbagai celoteh dan memori indah adik-adik telah terpahat di sini. Semoga ia kekal subur di hati adik-adik sehingga dewasa nanti
Pada pagi Khamis yang bertuah ini, adik-adik telah menjalani aktiviti DIY bersama Kak Nanad. Sungguh terserlah dan terpancar daya kreativiti adik-adik ketika membuat rantai kunci berbentuk bunga yang cantik
. Dah alang-alang pandai tu, boleh hadiahkan untuk ibu bapa nanti.
Siapa pernah dengar Permainan Galah Panjang? Orang lama mesti tahu sebab inilah Permainan tradisional kanak-kanak zaman dahulu sebelum wujudnya GADJET-GADJET ini. Abang Khairien nostalgiakan waktu petang adik-adik dengan Permainan LEGEND ini. Betul-betul HAVOC
dibuatnya sampai berbasah kuyup adik-adik bermandi peluh.
PERPUSTAM mengucapkan tahniah kepada pemenang dan terima kasih kepada semua yang turut serta aktiviti hari ini. Esok merupakan hari terakhir aktiviti bersama PERPUSTAM sempena cuti sekolah. Kami menantikan kehadiran anda semua.

- Published in Aktiviti, Aktiviti 2025, Arkib Aktiviti
CUTI SEKOLAH : SEMAIKAN KASIH @PERPUSTAM 16
Sunday, 2025
RABU | 12 FEBRUARI 2025
Sesi Pagi : Aktiviti “Istana Cinta bersama Kak Joy”
Sesi Petang : Aktiviti “Ikut Rentak Irama Jiwa bersama Abang Aiman”
PERPUSTAM sentiasa komited bagi memastikan kandungan aktiviti sepanjang cuti sekolah ini memberikan banyak kebaikan kepada semua baik dari segi perkembangan minda mahupun akademik. Aktiviti pagi ini diadakan secara berkumpulan dimana adik-adik perlu menyelesaikan cebisan-cebisan mini lego mengikut panduan yang disediakan. Kumpulan yang pantas menyelesaikannya dikira pemenang.
Sesi petang pula diadakan satu aktiviti santai bersama Abang Aiman. Adik-adik perlu memberikan bola kepada rakan sebelah secara bulatan ketika muzik dimainkan dan apabila muzik dihentikan secara tiba-tiba peserta yang masih memegang bola akan tersingkir. Menarik sungguh aktiviti ini, tak henti-henti bergelak tawa sampai mengalir air mata.
Terima kasih kerana berjaya meriuhkan suasana PERPUSTAM hari ini. Ayuh kita habiskan baki cuti sekolah ini dengan berkampung di perpustakaan. Tanpa anda semua, aktiviti cuti sekolah ini tidak bermakna.

- Published in Aktiviti, Aktiviti 2025, Arkib Aktiviti
Pameran Dalam Talian
Sunday, 2025
Detik-Detik Pengisytiharan Tarikh Kemerdekaan di Melaka
Tanggal 20 Februari 1956 merupakan satu tarikh yang cukup bertuah untuk bumi Melaka kerana ia menyaksikan detik bersejarah pengumuman tarikh Pengisytiharan Kemerdekaan Persekutuan Tanah Melayu oleh YTM Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj di Padang Banda Hilir, Melaka.
Bagi mengimbas kembali sejarah yang telah berlaku kira-kira 69 tahun yang lalu, mari kita saksikan Pameran Dalam Talian Detik Detik Pengisytiharan Tarikh Kemerdekaan di Melaka.
Klik di sini :
- Published in Arkib Pengumuman, Pengumuman
CUTI SEKOLAH : SEMAIKAN KASIH @PERPUSTAM 15
Sunday, 2025
SELASA | 11 FEBRUARI 2025
Sesi Pagi : Aktiviti “Jom Belajar Silap Mata bersama Abang Fahmi”
Sesi Petang : Aktiviti “Sesudu Kasih Merentas Impian bersama Chik Kiah”
Hari demi hari silih berganti, akitviti sempena cuti sekolah di PERPUSTAM hanya tinggal 3 HARI JERR lagi berbaki sebelum adik-adik memulakan sesi persekolahan. Jom kita manfaatkan sebaiknya detik-detik terindah ini sebelum adik-adik semua merinduinya nanti.
Para peserta aktiviti hari ini terpukau dengan persembahan ringkas silap mata oleh Abang Fahmi. Adik-adik sungguh bertuah kerana Abang Fahmi sedia berkongsi tips berkenaan tipu helah ahli silap mata atau lebih dikenali sebagai MAGICIAN melalui slot santai pagi. Abang Fahmi juga sempat belanja adik-adik berkenaan teknik membentuk belon panjang dengan mudah. Pelbagai jenis bentuk belon berjaya dihasilkan oleh adik-adik walaupun macam-macam bunyi letupan belon terhasil.
Chik Kiah IN THE HOUSE YOO ! Sesi petang yang layu telah diaktifkan semula dengan aktiviti fizikal dimana peserta perlu memindahkan bola pingpong menggunakan sudu yang disangkut pada mulut lalu memasukkan bola itu ke dalam cawan yang diletakkan di meja sebelah. Sampai hati Chik Kiah membuli adik-adik dengan aktivitinya. Semoga semuanya ENJOYS.
PERPUSTAM mengucapkan terima kasih kepada yang hadir dan pastikan esok datang bukan seorang tapi satu family ya.

- Published in Aktiviti, Aktiviti 2025, Arkib Aktiviti
CUTI SEKOLAH : SEMAIKAN KASIH @PERPUSTAM 14
Sunday, 2025
ISNIN | 10 FEBRUARI 2025
Sesi Pagi : Aktiviti “Lakaran Kehidupan bersama Abang Shidee”
Sesi Petang : Aktiviti “Nurul dan Haiqal bersama Abang Adi”
Alamak ! PERPUSTAM telah dibanjiri oleh sepasukan NINJA cilik yang sedang memegang Shuriken. Eh jap-jap…Laaa, rupanya aktiviti pagi ini tentang cara pembuatan Origami Shuriken dengan menggunakan kertas warna. PERGH, hebat betul adik-adik ya, Shuriken tu nampak REAL. Anda juga boleh cuba dirumah nanti. Aktiviti sebelah petang pula, Abang Adi telah melakukan permainan psikologi untuk menguji daya fokus adik-adik dalam mendengar segala arahan diberikan. Macam-macam reaksi ditonjolkan, anda lihatlah sendiri.
Terlalu banyak kasih adik-adik telah tersemai di PERPUSTAM sepanjang aktiviti cuti sekolah ini. Semoga kasih itu membentuk perasaan CINTA akan perpustakaan. Terima kasih atas senyuman itu dan semoga senyuman itu berkekalan hingga ke penghujung aktiviti.

- Published in Aktiviti, Aktiviti 2025, Arkib Aktiviti
CUTI SEKOLAH : SEMAIKAN KASIH @PERPUSTAM 13
Sunday, 2025
JUMAAT | 07 FEBRUARI 2025
Sesi Pagi : Aktiviti “Ilhamku bersama Abang Aiman”
Sesi Petang : Aktiviti “Lantunan Irama bersama Abang Shidee
Fuyoo bestnya harini ! Apa yang best tu ? Haa mestilah kerana PERPUSTAM setiap minggu buat aktiviti yang berfaedah untuk semua. Pagi jumaat disyahdukan dengan aktiviti bersama Abang Aiman dimana adik-adik diberi sehelai kertas yang mempunyai lukisan separuh bahagian. Tugasannya mudah, adik-adik perlu melukis penuh lukisan tersebut mengikut idea dan kreativiti masing-masing.
Aktviti pada sebelah petang sangat mencabar kerana permainan ini memerlukan daya fokus dan ketepatan balingan. Adik-adik perlu melantun bola pingpong sehingga masuk ke dalam cawan-cawan yang disediakan.
Peserta aktiviti kali ini bersaing secara sihat dan professional itulah faktor wujudnya kemeriahan dan kebahagian aktiviti cuti sekolah di PERPUSTAM. Terima kasih kerana hadir dan nantikan poster terbaru kami untuk aktiviti pada minggu hadapan. STAY TUNED ! 


- Published in Aktiviti, Aktiviti 2025, Arkib Aktiviti
CUTI SEKOLAH : SEMAIKAN KASIH @PERPUSTAM 12
Sunday, 2025
KHAMIS | 06 FEBRUARI 2025
Sesi Pagi : Aktiviti “Anyaman Kasih bersama Kak Anis”
Sesi Petang : Aktiviti “Balingan Mesra bersama Kak Anis”
Mesti ramai yang tak tahu, perpustakaan masih lagi relevan pada masa kini kerana disini bukan sahaja ada buku malah ada macam-macam tau. Lebih-lebih lagi pada musim cuti sekolah, perpustakaan ada buat banyak aktiviti best-best. Bukan itu sahaja, kalau menang dapat hadiah tau. Bukan kaleng-kaleng perpustakaan sekarang.
Pada hari ini, keriuhan suasana aktiviti cuti sekolah tidak dapat digambarkan kerana adik-adik begitu teruja dan seronok menerokainya. PERPUSTAM mengucapkan terima kasih kerana masih setia bersama kami dan AYUH kita kasi gegar di lain waktu !!

- Published in Aktiviti, Aktiviti 2025, Arkib Aktiviti
CUTI SEKOLAH : SEMAIKAN KASIH @PERPUSTAM 11
Sunday, 2025
RABU | 05 FEBRUARI 2025
Sesi Pagi : Aktiviti “Tabungan Kasih bersama Abang Fikri”
Sesi Petang : Aktiviti “Menatang Minyak yang Penuh bersama Kak Sue”
PERPUSTAM tak pernah rileks guys ! Setiap minggu ada banyak aktiviti boleh disertai oleh semua secara PERCUMA sempena cuti sekolah ini. Pengisian harini dimulakan dengan aktiviti DIY tabung dengan menggunakan kotak mengikut daya kreativiti adik-adik. Ternyata adik-adik mempunyai bakat yang terpendam lihatlah hasilnya di foto-foto dibawah. Manakala sesi petang yang dingin di hangatkan dengan aktiviti bersama kak Sue.
Beruntung sesiapa yang sertai aktiviti sepanjang cuti sekolah ini. Macam-macam pengalaman berharga tercipta di perpustakaan. Mana yang belum cipta kenangan, meh datang. Terima kasih kerana memeriahkan suasana hari ni. Kita jumpa esok. ON X ON 

- Published in Aktiviti, Aktiviti 2025, Arkib Aktiviti
CUTI SEKOLAH : SEMAIKAN KASIH @PERPUSTAM 10
Sunday, 2025
SELASA | 04 FEBRUARI 2025
Sesi Pagi : Aktiviti “Mukadan Muhadam Bersama Abang Adi”
Sesi Petang : Aktiviti ” Semakin Jauh Semakin Sayang Bersama Abang Acer”
Aktiviti hari ini kita mulakan dengan perahan minda. Cipta perkataan dari huruf-huruf yang ada pada perkataan sedia ada. Yang terbanyak akan ke tahap seterunsya! Sebelah petang pula, kita memeriahkan aktiviti dengan bermainan di kawasan luar bangunan. Baling belon yang dalamnya ada air! siapa tak sambut akan kebasahan. Semakin jauh jarak balingan, semakin berhati-hati adik-adik kita membalingnya!
Terima kasih jadikan perpustakaan sebagai tempat untuk mengisi masa lapang adik-adik. Jumpa di lain aktiviti!

- Published in Aktiviti, Aktiviti 2025, Arkib Aktiviti














