ANUGERAH MELAKA MEMBACA
Saturday, 2025
Makin Pedas
Makin Membaca
Mana Lagi Melaka Ler…
Jom tunjukkan minat membaca korang!


- Published in Arkib Pengumuman, Pengumuman
No Comments
PROGRAM JOM BACA BERSAMA 10 MINIT
Thursday, 2025
Program “Jom Baca Bersama 10 Minit” merupakan inisiatif tahunan yang diadakan pada 23 April bersempena dengan Hari Buku dan Hak Cipta Sedunia. Tujuan utama program ini adalah untuk memupuk budaya membaca dalam kalangan rakyat Malaysia dengan menggalakkan semua individu meluangkan masa selama 10 minit untuk membaca secara serentak.
Pada tahun 2025, Perbadanan Perpustakaan Awam Melaka dengan kerjasama Perpustakaan Negara Malaysia dan Majlis Pengarah-Pengarah Perpustakaan Awam Se-Malaysia akan menganjurkan program ini dengan tema “Nikmati Saat Ini”.
Program ini dijadualkan berlangsung pada:
Kerjasama daripada semua pihak dalam menyokong Program Inisiatif Membaca 2025 ini amat dihargai.

- Published in Arkib Pengumuman, Pengumuman
MAJLIS PERPISAHAN PELAJAR PRAKTIKAL
Monday, 2025
28/03/2025 (JUMAAT) – Majlis Perpisahan Pelajar Praktikal iaitu Cik Nurul Najwa binti Mohd Edzir yang akan menamatkan Latihan Industri di PERPUSTAM pada 04 April 2025.
Untuk makluman, Cik Nurul Najwa merupakan pelajar dari Universiti Teknologi Mara (UiTM) Cawangan Kedah, Kampus Sungai Petani di dalam Pengajian Diploma Informatik Perpustakaan telah pun menjalani Latihan Industri di PERPUSTAM bermula dari 10 Februari 2025 hingga 04 April 2025.
Warga PERPUSTAM mengucapkan Selamat Maju Jaya didalam segala bidang lapangan kerjaya yang bakal ditempuhi pada masa akan datang.

- Published in Aktiviti, Aktiviti 2025, Arkib Aktiviti
Jawatan Kosong Di PERPUSTAM
Tuesday, 2025

MUAT TURUN DOKUMEN JAWATAN KOSONG DI BAWAH
JAWATAN YANG DI IKLAN DI PERBADANAN PERPUSTAKAAN AWAM MELAKA (PERPUSTAM)![]()
IKLAN KEKOSONGAN JAWATAN DI PERBADANAN PERPUSTAKAAN AWAM MELAKA (PERPUSTAM)
- Published in Arkib Pengumuman, Pengumuman
SALAM JUMAAT
Tuesday, 2025
14/03/2025 (JUMAAT) – Satu Majlis bacaan Yaasin , Solat Hajat dan Solat Dhuha telah diadakan di Perpustakaan Negeri sempena Bulan Ramadan yang mulia ini.
Disamping itu juga , di doakan agar diberi kesembuhan dan diberikan kesihatan yang baik kepada Kakitangan PERPUSTAM En Sapri Bin Md Elah yang kini diduga dengan masalah kesihatan. Begitu juga kepada warga PERPUSTAM yang diuji dengan masalah kesihatan ahli keluarga.
Semoga di bulan Ramadan ini , Allah memberi kesembuhan dan keberkatan kepada yang dilanda ujian kesihatan ini.

- Published in Aktiviti, Aktiviti 2025, Arkib Aktiviti
Notis Makluman
Tuesday, 2025
Kepada pengguna perpustakaan yang dihormati, berikut merupakan waktu perkhidmatan Perpustakaan Digital sepanjang bulan Ramadan 1446H/2025M mulai 1 Mac 2025 (Sabtu) hingga 30 Mac 2025 (Ahad).
- Published in Arkib Pengumuman, Pengumuman
Kursus Kesedaran Diri dan Kecergasan Emosi (Self-Awareness & Emotional Intelligence Training)
Monday, 2025
26 FEBRUARI 2025 | RABU
PERPUSTAM telah mengadakan Kursus Kesedaran Diri dan Kecergasan Emosi (Self-Awareness & Emotional Intelligence Training) yang berlangsung selama 2 hari bermula 25 -26 Februari 2025 bertempat di Dewan Tuah. Seramai 45 orang kakitangan terlibat bagi kursus pada kali ini.
PERPUSTAM juga merakamkan ucapan terima kasih kepada Encik Mohd Hussaini bin Hussein dari Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP) dan Puan Siti Hasiah binti Jusoh dari Kementerian Pertahanan Malaysia (MINDEF) yang telah memberikan pengisian motivasi dan aktiviti yang membina bagi kesedaran diri dan emosi kepada Pegawai dan Kakitangan PERPUSTAM.
Semoga kursus ini mampu meningkatkan lagi produktiviti serta kemampuan kakitangan dalam mengelola emosi kendiri ketika menjalankan tugas.

- Published in Aktiviti, Aktiviti 2025, Arkib Aktiviti
PERPUSTAM turut menyertai Sukan Antara Jabatan dengan penyertaan dalam sukan Dart, Karom, Bowling, Ping Pong dan Bola Tampar.
Biar pun tidak memenangi sebarang pingat, semangat dan kesungguhan yang ditunjukkan adalah sangat membanggakan.
Semoga ada sinar pada penyertaan sukan-sukan dalam tempoh mendatang.

- Published in Aktiviti, Aktiviti 2025, Arkib Aktiviti
EKSPLORASI DIGITAL BERSAMA PERPUSTAM SEMPENA PROGRAM WAKIL RAKYAT UNTUK RAKYAT (WRUR) DUN PENGKALAN BATU)
Monday, 2025
22 Februari 2025 | Sabtu
Sekitar Program Eksplorasi Digital bersama PERPUSTAM yang telah diadakan sempena Program WRUR Dun Pengkalan Batu
Pengunjung telah berpeluang meneroka :
~ Exploria STEAM VR
~ ClassVR
~ Wall@live
~ Mat@live
~ Tree@live
~ Gateway
~ Polymat
~ Codbit
~ BookR
~ Sumo Robot
~ Samurai Robot
~ Soccer Robot
Semoga kita jumpa lagi di program-program yang akan datang 

- Published in Aktiviti, Aktiviti 2025, Arkib Aktiviti
Kafe Untuk Disewa
Sunday, 2025
PERPUSTAM mempelawa pengusaha kafe atau peniaga kedai makan untuk berniaga di Perpustakaan Digital
Kepada yang berminat boleh menghubungi En Riza di talian 016-6659505 untuk melihat kafe dan kemudahan yang kami sediakan.
- Published in Arkib Pengumuman, Pengumuman














