14/03/2025 (JUMAAT) – Satu Majlis bacaan Yaasin , Solat Hajat dan Solat Dhuha telah diadakan di Perpustakaan Negeri sempena Bulan Ramadan yang mulia ini.
Disamping itu juga , di doakan agar diberi kesembuhan dan diberikan kesihatan yang baik kepada Kakitangan PERPUSTAM En Sapri Bin Md Elah yang kini diduga dengan masalah kesihatan. Begitu juga kepada warga PERPUSTAM yang diuji dengan masalah kesihatan ahli keluarga.
Semoga di bulan Ramadan ini , Allah memberi kesembuhan dan keberkatan kepada yang dilanda ujian kesihatan ini.








