Rabu 03 MEI 2026
Aktiviti cuti sekolah diteruskan lagi dengan aktiviti menarik dan menyeronokkan untuk adik-adik. Pada sesi pagi, adik-adik menyertai aktiviti mewarna gambar kucing comel yang sedang membaca buku.
Sebelah petang pula, suasana menjadi lebih meriah dengan aktiviti bowling padang. Adik-adik berpeluang menguji kemahiran membaling bola sambil memupuk semangat kesukanan, kerjasama dan keyakinan diri. Gelak tawa serta sorakan semangat daripada rakan-rakan menjadikan aktiviti ini lebih menyeronokkan.








