JUMAAT 5 JUN 2026
PERMAINAN INTERAKTIF BERSAMA KAKITANGAN PERKHIDMATAN 

Aktiviti terakhir hari ini, adik-adik berpeluang merasai pengalaman pembelajaran interaktif melalui permainan dan teknologi seperti ClassVR, Wall@Live, Matt@Live dan Robotik. Aktiviti yang menggabungkan unsur pembelajaran yang menyeronokkan, malah membantu meningkatkan kreativiti, kemahiran berfikir serta minat terhadap teknologi.
Pihak PERPUSTAM merakamkan ucapan terima kasih kepada semua adik-adik dan peserta yang telah menyertaiaktiviti Cuti Sekolah PERPUSTAM kali ini. Semoga segala pengalaman, ilmu, kenangan yang diperoleh dapat membantu membina keyakinan diri, memupuk semangat kerjasama serta membentuk jati diri yang positif.
Jumpa lagi pada cuti sekolah yang akan datang. Teruskan belajar, berkreativiti dan mencipta pengalaman baharu! 











