TAKLIMAT KESELAMATAN KEBAKARAN
PERPUSTAM telah mengadakan Taklimat Keselamatan Kebakaran yang disampaikan oleh Encik Jeffery daripada Safety Protection Academy.
Taklimat ini bertujuan untuk memberikan pendedahan serta meningkatkan kesedaran warga kerja mengenai langkah-langkah pencegahan kebakaran dan tindakan yang perlu diambil sekiranya berlaku kecemasan.
Pihak PERPUSTAM merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada Encik Jeffery atas penyampaian yang bermanfaat dan informatif. Semoga ilmu yang dikongsikan dapat dimanfaatkan demi memastikan keselamatan bersama sentiasa terpelihara.








