PERPUSTAM telah dipilih sebagai tuan rumah bagi Mesyuarat Jawatankuasa Post Exco Pendidikan, Pengajian Tinggi Dan Hal Ehwal Agama Bil 4 2024 yang telah berlangsung pada 15 Ogos 2024 di Bilik Mesyuarat Bendahara PERPUSTAM. Mesyuarat yang dipengerusikan oleh YB Datuk Rahmad Bin Mariman selaku Exco berkaitan turut dihadiri oleh YB Tuan Haji Rosli Bin Abdullah selaku Timbalan Exco, Encik Mohamed Aizammuddy Bin Mohamed Idris, Pengarah PERPUSTAM, Ketua-Ketua Jabatan dan wakil-wakil Ketua Jabatan bagi Portfolio Pendidikan, Pengajian Tinggi Dan Hal Ehwal Agama.