PERATURAN DAN PANDUAN
PERBADANAN PERPUSTAKAAN AWAM MELAKA
Untuk memastikan pentadbiran perpustakaan berjalan dengan lancar dan teratur, Perbadanan Perpustakaan Awam Melaka menyediakan beberapa peraturan. Peraturan-peraturan ini juga digubal untuk mempastikan keselesaan pengguna perpustakaan dan ketenteraman awam. |
||
Enakmen Perbadanan Perpustakaan Awam Melaka memperuntukkan tindakan undang-undang ke atas individu yang cuba mengganggu ketenteraman pengguna lain di perpustakaan. Antara peraturan tersebut ialah : |
||
|
1. |
Sila tinggalkan beg-beg, fail, topi keledar, payung, buku-buku dan barangan sendiri yang lain di bagasi kecuali barang-barang yang berharga, alat tulis dan kertas nota. Pihak PERPUSTAM tidak akan bertanggungjawab di atas keselamatan barang-barang tersebut. |
|
2. |
Sila bercakap dengan perlahan kalau perlu agar tidak menimbulkan masalah kepada pengguna lain. |
|
3. |
Tidak dibenarkan sama sekali makan, minum, merokok, meludah atau tidur di dalam perpustakaan. |
|
4. |
Sila buang sampah ke dalam bakul sampah yang disediakan. |
|
5. |
Tidak dibenarkan mengambil gambar-gambar di persekitaran dalaman perpustakaan atau gambar-gambar di dalam buku-buku di perpustakaan tanpa kebenaran Pengarah PERPUSTAM. |
|
6. |
Dilarang mengalih-alihkan perabot-perabot perpustakaan seperti kerusi dan meja serta menyalahgunakannya. |
|
7. |
Sila tunjukkan buku atau bahan-bahan bacaan yang lain kepada petugas yang bertugas di kaunter sebelum masuk atau keluar dari perpustakaan. |
|
8. |
Bahan-bahan dari bahagian rujukan (tingkat 1) tidak dibenarkan dibawa ke bahagian pinjaman dan kanak-kanak (tingkat bawah) atau sebaliknya. |
|
9. |
Sila beratur dan jangan berebut-rebut sewaktu masuk atau keluar perpustakaan. |
|
10. |
Menempah tempat duduk tidak dibenarkan dan buku-buku atau alat tulis yang ditinggalkan di atas meja atau kerusi lebih daripada 15 minit akan dipungut oleh petugas. |
|
11. |
Menggunakan komputer peribadi dan telefon bimbit di dalam perpustakaan adalah dilarang. |
|
12. |
Sila berpakaian mengikut sahsiah rupa diri yang sempurna. Berpakaian tidak kemas, kotor dan menjolok mata adalah dilarang dan petugas PERPUSTAM berhak menghalang anda sekiranya tidak mematuhi etika tersebut daripada masuk ke perpustakaan.. |
|
13. |
Masa perpustakaan dibuka boleh dipinda dari masa ke semasa dan pengumumannya akan diletakkan di hadapan pintu masuk ke perpustakaan. |
|
14. |
Ibu bapa atau penjaga hendaklah mengawal anak-anak mereka daripada membuat bising atau mengganggu ketenteraman pengguna lain. |
|
15. |
Tidak dibenarkan sama sekali membawa masuk binatang peliharaan ke dalam perpustakaan. |
|
16. |
Berkelakuan tidak senonoh, berjudi atau bertaruh, mengeluarkan perkataan lucah dan kotor dan berada di dalam perpustakaan pada waktu yang tidak dibenarkan adalah satu kesalahan. |
|
17. |
Petugas PERPUSTAM berhak menegur dan mengambil tindakan sewajarnya kepada pengguna-pengguna perpustakaan yang melanggar peraturan-peraturan perpustakaan sebagaimana yang termaktub di dalam enakmen perpustakaan. |
|
18. |
Kakitangan PERPUSTAM bersedia membantu jika anda menghadapi kesulitan dalam menggunakan perpustakaan. |