MS ISO 9001:2015 - Perutusan Pengarah
Assalamualaikum dan salam sejahtera,
Keperluan memenuhi kehendak pelanggan dan pihak berkepentingan merupakan elemen terpenting yang perlu diberi tumpuan oleh sesebuah organisasi.
Perkembangan tersebut memerlukan sistem pengurusan yang mantap serta berkesan bagi membolehkan proses kerja dapat dilaksanakan dengan tersusun dan sistematik. Untuk mencapai maksud tersebut, PERPUSTAM telah mengambil langkah proaktif dengan melaksanakan proses kerja berdasarkan standard MS ISO 9001 : 2015.
Bagi memantapkan tujuan tersebut PERPUSTAM telah menyediakan Panduan Pelaksanaan MS ISO 9001 : 2015 sebagai rujukan utama pegawai dan kakitangan.
Saya berharap pelaksanaan MS ISO 9001:2015 akan menjadikan PERPUSTAM sebagai pusat kecemerlangan bagi perkhidmatan perpustakaan di Malaysia.
MOHAMED AIZAMMUDDY BIN MOHAMED IDRIS
Pengarah
Perbadanan Perpustakaan Awam Melaka
(PERPUSTAM)
10 Mac 2020
Recent Comments