Majlis Perasmian Program Komuniti Membaca Jiwa Merdeka
Saturday, 2022
Majlis Perasmian Program Komuniti Membaca Jiwa Merdeka anjuran Perbadanan Perpustakaan Awam Melaka dan Jawatankuasa Pembangunan Perpustakaan Desa Hutan Percha, Bukit Bulat dan Menggong.
- Published in Aktiviti, Aktiviti 2022
No Comments
Majlis Perasmian Karnival Gerakan Membaca & Program Semarak Kebangsaaan Tahun 2022 yang dirasmikan oleh YB Datuk Rais bin Datuk Wira Yasin Exco Pendidikan Dan Teknologi Melaka bertempat di Dewan Tuah, Perbadanan Perpustakaan Awam Melaka
- Published in Aktiviti, Aktiviti 2022
Seramai 20 peserta telah menyertai Bengkel Perpustakaan Keluarga 2022 peringkat daerah Alor Gajah yang diadakan di Perpustakaan Awam Cawangan Alor Gajah, hari ini.
Bengkel yang dikendalikan oleh Ketua Bahagian Pengurusan Koleksi & Perkhidmatan Perpustakaan PERPUSTAM , Encik Raifudeen bin Abd. Latif dan Pembantu Pustakawan PERPUSTAM, Encik Muhammad Zaidee bin Daut itu adalah bertujuan untuk memberi pendedahan peserta Pertandingan Perpustakaan Keluarga dalam membuat persiapan menyediakan sudut perpustakaan di rumah masing- masing.
- Published in Aktiviti, Aktiviti 2022
Majlis Perasmian Program “Minda Merdeka @PD Pulai”
Wednesday, 2022
Majlis Perasmian “Minda Merdeka @PD Pulai” di Perpustakaan Desa Pulai 2022 anjuran PERPUSTAM disempurnakan oleh Yang Berusaha Encik Mohamed Aizammuddy bin Mohamed Idris, Pengarah PERPUSTAM mewakili YB Tuan Haji Rosli bin Abdullah, Pengerusi PERPUSTAM.
Terima kasih kepada Sekolah Kebangsaan Pulai dan Tadika Kemas Kampung Pulai 1 dan 3 atas penyertaan aktiviti hari ini.
- Published in Aktiviti, Aktiviti 2022
Pada 1 dan 2 Ogos 2022, PERPUSTAM telah mengendalikan Kursus Pengawas Pusat Sumber dan Bengkel Literasi Maklumat kepada Pengawas Pusat Sumber Sekolah Menengah Kebangsaan Seri Tanjung. Semoga perkongsian ini dapat memberikan ilmu kepada Pelajar dan secara tidak langsung dapat memperkasakan Pusat Sumber Sekolah.
- Published in Aktiviti, Aktiviti 2022