AKTIVITI CUTI SEKOLAH PERPUSTAM
15.02.2024 | SEMAKIN JAUH SEMAKIN SAYANG
Aktiviti pada harini ialah “Semakin Jauh Semakin Sayang” bersama Abang Acer. Aktiviti ini dijalankan secara berpasangan dimana, adik-adik perlu melontarkan belon berisi air ke arah pasangan masing-masing dan pasangan adik-adik perlu menyambut belon tersebut tanpa pecah. Pasangan yang belonnya pecah dikira tersingkir. Bagaikan bom air, habis basah pakaian adik-adik terkena percikan air dari belon yang pecah itu, sampai hati Abang Acer gelakkan adik-adik. Tahniah kepada semua pemenang, yang kalah jangan risau banyak lagi aktiviti boleh disertai sepanjang cuti sekolah ini. Terima Kasih kepada semua yang hadir.