Perbincangan Bersama Jabatan Pendakwaan Syariah Negeri Melaka Bagi Mencapai Misi PERPUSTAM sebagai Penggerak Utama Masyarakat Berbudaya Membaca
Selaras misi PERPUSTAM sebagai Penggerak Utama Masyarakat Berbudaya Membaca dengan memberikan Khidmat Nasihat Dalam Bidang Kepustakawanan, PERPUSTAM berbesar hati menerima pelawaan Jabatan Pendakwaan Syariah Negeri Melaka bagi membangunkan Pusat Sumber dari segi pengurusan, perekodan bahan, penyusunan, pengkatalogan, pengelasan dan pengurusan sistem perpustakaan
- Published in Aktiviti, Aktiviti 2021
Sumbangan Bahan Bacaan Kepada Kanak-kanak Mangsa Banjir Dengan Kerjasama Antara PERPUSTAM & GPMS Negeri Melaka
PERPUSTAM berbesar hati dapat menyumbangkan bahan bacaan bagi memberi sokongan kepada Jabatan Perpaduan Negara dan Integrasi Nasional Negeri Melaka dengan kerjasama Gabungan Pelajar Melayu Semenanjung (GPMS) Negeri Melaka yang akan menganjurkan aktiviti bagi mangsa banjir di Pusat Pemindahan Sementara dengan tujuan memberikan sokongan dari segi keperluan dan sokongan sosial khususnya Kanak-Kanak
- Published in Aktiviti, Aktiviti 2021
Kempen Jom Sihat Anjuran PERPUSTAM Bersama Kelab Sosial Dan Kebajikan Kakitangan PERPUSTAM (KSKP)
PERPUSTAM dengan kerjasama Kelab Sosial Dan Kebajikan Kakitangan PERPUSTAM (KSKP) telah menganjurkan Kempen Jom Sihat yang bermula pada 22 Disember 2021 sehingga 22 Februari 2022. Oleh itu, satu Program Gotong-Royong ‘Nature-Friendly, Healthy Lifestyle’ telah diadakan pada 23 Disember 2021 yang dilancarkan oleh YBrs. En. Mohamed Aizammuddy Bin Mohamed Idris Pengarah PERPUSTAM . Antara pengisian adalah senamrobik, gotong-royong pembersihan kawasan, menanam pokok dan sebagainya.
- Published in Aktiviti, Aktiviti 2021