Di bahagian ini, akhbar-akhbar dalam Bahasa Malaysia, Bahasa Inggeris, Bahasa Cina dan Bahasa Tamil dilanggan setiap pagi untuk bacaan atau rujukan. Majalah sama ada berupa sumbangan, belian atau hadiah dari institusi-institusi tertentu diterima setiap hari untuk rujukan pengguna. Majalah-majalah ini biasanya diperolehi sama ada dari dalam atau luar negara. | ||
Terdapat juga koleksi yang mengandungi bahan-bahan bacaan seperti majalah dan akhbar, warta kerajaan, jurnal, laporan tahunan, buletin dan berita dari jabatan kerajaan dan swasta serta lain-lain bahan bercetak yang dikeluarkan secara berkala. Ia meliputi terbitan dalam dan luar negeri, keluaran terkini dan keluaran yang terbelakang ( keluaran sebelum ). |