Pemohon Dikehendaki melampirkan dokumen berikut semasa hadir ke mana-mana rangkaian PERPUSTAM:
- Salinan Kad Pengenalan (MyKad / MyKid) yang disah / dicop Tadika / Sekolah / IPTA / IPTS / Majikan.
- Bil Utiliti (alamat negeri Melaka) sekiranya pemohon bukan warga Melaka yang tidak belajar dan bekerja
- Pemohon golongan kelainan upaya (OKU) perlu melampirkan salinan surat atau kad OKU.
Untuk sebarang pertanyaan lanjut sila hubungi kami di:-
Telefon : 06-2824859
Email : servis@perpustam.gov.my / perkhidmatan@perpustam.gov.my / perpustammelaka@gmail.com
Facebook Message : www.facebook.com/Perpustam
SYARAT-SYARAT KEAHLIAN
- Keahlian terbuka kepada semua penduduk yang bermastautin di Negeri Melaka dan sekitarnya.
- Pemohon boleh memilih untuk menjadi ahli PERCUMA atau ahli BERBAYAR.
- Ahli Berbayar Dewasa : RM 5.00 (Starter), RM 15.00 (Premium);
Ahli Berbayar Kanak-Kanak : RM 3.00 (Starter), RM 10.00 (Premium);
Ahli Berbayar Warga Emas : RM 2.00 (Starter), RM 5.00 (Premium) - Pemohon dikehendaki melampirkan sebarang dokumen yang boleh mengesahkan pemohon tinggal di Melaka atau mendapatkan pengesahan tempat belajar atau majikan tempat bertugas.
- Kad pengenalan / MyKid akan digunakan sebagai kad ahli.
- Pemohon perlu mengisi satu (1) salinan borang dengan lengkap dan jelas di dalam Bahasa Malaysia atau Bahasa Inggeris.
- Pemohon kanak-kanak yang berusia 12 tahun ke bawah dikehendaki melampirkan satu salinan sijil kelahiran atau MyKid.
- Pemohon dewasa dan belia yang berumur 13 tahun ke atas dikehendaki melampirkan satu salinan kad pengenalan.
- Pemohon golongan kelainan upaya (OKU) perlu melampirkan salinan surat atau kad OKU.
- Ahli perlulah memperbaharui keahlian pada setiap tahun.
- Pembaharuan keahlian adalah mengikut kategori keahlian.
SYARAT-SYARAT PINJAMAN
- Ahli Percuma layak untuk meminjam 5 naskhah buku bagi tempoh 3 minggu.
- Ahli Berbayar layak untuk meminjam 8 naskhah buku bagi tempoh 3 minggu.
- Denda lewat sebanyak RM 0.10 sehari sekiranya buku tidak dipulangkan pada tarikh pemulangan yang telah ditetapkan dan jumlah maksima denda ialah RM 3.50 bagi setiap buku.
- Setiap ahli adalah bertanggungjawab terhadap keselamatan dan kesempurnaan bahan bacaan yang telah dipinjam.
- Jika bahan bacaan didapati rosak atau hilang, ahli perlulah membayar harga asal buku serta wang proses sebanyak RM 5.00.
Recent Comments