Lawatan daripada Pusat Anak Permata Negara
Wednesday, 2025
KHAMIS | 2 JANUARI 2025
Terima kasih dan tahniah kepada guru-guru dari Pusat Anak Permata Negara , Bukit Katil Melaka yang membawa 20 orang pelajar berkunjung ke perpustakaan. Amat terbaik apabila anak-anak sejak kecil didedahkan dengan perpustakaan bagi menggalakkan amalan membaca . Di kesempatan itu, PERPUSTAM menunjukkan perkhidmatan yang ada seperti mat@lives dan polymat dengan teknologi augmented reality selain bahan bacaan fizikal dan digital di ruangan kanak-kanak.
- Published in Aktiviti, Aktiviti 2025, Arkib Aktiviti
No Comments
SERONOKNYA CUTI SEKOLAH 4
Tuesday, 2025
27/12/2024 (Jumaat)
Sesi Pagi : Aktiviti “Otak Kamus”
Sesi Petang : Aktiviti “Teka apa atas kepala”
Berakhir sudah aktiviti kita,
Penuh suka, riang, dan ceria,
Ilmu ditimba, kenangan tercipta,
Semoga berfaedah untuk semua.
Terima kasih atas kerjasama,
Jasamu dikenang sepanjang masa,
Selesai sudah aktiviti bersama,
Jumpa lagi di lain masa.
- Published in Aktiviti, Aktiviti 2024, Arkib Aktiviti
SERONOKNYA CUTI SEKOLAH 3
Tuesday, 2025
26/12/2024 (Khamis)
Sesi Pagi : Aktiviti “Aiskrim Origami”
Sesi Petang : Aktiviti “Making A Bee”
Keseronokkan cuti sekolah adik-adik diteruskan lagi dengan sajian pelbagai aktiviti yang merangsang minda dan penuh daya kreatif. Aktiviti hari ini menunjukkan bahawa daya kreatif adik-adik berkembang dengan setiap lukisan, kraf, dan idea yang mereka hasilkan. Setiap sentuhan tangan penuh imaginasi ini menunjukkan betapa hebatnya bakat mereka.
Terima kasih kepada adik-adik dan ibubapa kerana sudi bersama-sama menyertai aktiviti pada hari ini. Esok merupakan hari terakhir aktiviti cuti sekolah pada edisi 2024. Mana yang belum sempat hadir tu, mehlah datang. PERPUSTAM sentiasa menantikan kehadiran semua.
- Published in Aktiviti, Aktiviti 2024, Arkib Aktiviti
SERONOKNYA CUTI SEKOLAH 2
Tuesday, 2025
24/12/2024 (Selasa)
Sesi Pagi : Aktiviti “DIY Krismas Kad”
Sesi Petang : Aktiviti “Hati Tisu”
Suasana di PERPUSTAM dipenuhi keceriaan dan kegembiraan dimana para pengunjung khususnya golongan cilik memenuhi slot aktiviti pada hari ini.
Terima kasih semua kerana masih setia menjadi tetamu untuk pengisian slot aktiviti. Esok PERPUSTAM tutup sehari, kita jumpa hari Khamis ya guys!!
- Published in Aktiviti, Aktiviti 2024, Arkib Aktiviti
SERONOKNYA CUTI SEKOLAH 1
Tuesday, 2025
23/12/2024 (Isnin)
Sesi Pagi : Aktiviti “DIY Ikan 3D”
Sesi Petang : Aktiviti “Jom Cari Duit”
PERPUSTAM hari ini menerima kehadiran adik-adik dan ibu bapa yang sudi meluangkan masa mereka dengan menyertai aktiviti sempena cuti sekolah. Tidak sangka, sambutannya sungguh meriah dan memberangsangkan.
Terima kasih kepada semua yang hadir dan semoga korang semua ENJOY YA! Jumpa lagi aktiviti esok !
- Published in Aktiviti, Aktiviti 2024, Arkib Aktiviti
Alhamdulillah, aktiviti hari ini telah berjaya dilaksanakan dengan penuh semangat dan sokongan semua pihak!
Terima kasih kepada semua peserta yang telah meluangkan masa untuk menyertai program ini. Tidak lupa juga penghargaan kepada pihak Pengurusan UTC Melaka, Bahagian Teknologi Maklumat Dan Komunikasi JKMM, Pejabat Pendidikan Daerah Melaka Tengah, KEMAS Negeri Melaka, Guru- Guru Dan para pelajar SK Kubu, SMK Tinggi Melaka yang telah bertungkus-lumus memastikan kelancaran aktiviti yang dilaksanakan seperti berikut
Pertandingan Mewarna Malaysia Madani Tahap 1
Pertandingan Cendekiawan Cilik Celik Baca Pra Sekolah
Bengkel Canva Belia
Zon Kreatif & Aktiviti Santai
Semoga usaha kecil ini dapat menyemarakkan lagi budaya membaca dalam kalangan masyarakat dan menjadi inspirasi kepada ramai. Jangan lupa, buku adalah jendela ilmu, teruskan membaca!
- Published in Aktiviti, Aktiviti 2024, Arkib Aktiviti
19 DISEMBER 2024 | KHAMIS
Sebelum musim persekolahan tahun 2024 melabuhkan tirainya, pihak SMK Ayer Molek tidak melepaskan peluang membawa pelajar-pelajar pendidikan khas mengunjungi PERPUSTAM. Kunjungan ini disertai seramai 36 orang pelajar diiringi 8 orang guru.
Ternyata para pelajar tidak tersalah alamat dengan memilih PERPUSTAM sebagai lokasi utama lawatan kerana pelbagai aktiviti menarik dihidangkan antaranya persembahan boneka, kuiz spontan, sesi bercerita bersama Kak Natasha yang bertajuk ‘Hentikan Buli’, lawatan berpandu dan permainan interaktif.
Lihatlah pelbagai celoteh dan mimik muka tanda keterujaan mereka ketika sesi lawatan berlangsung.
PERPUSTAM mengucapkan terima kasih kepada pihak SMK Ayer Molek atas kunjungan ini. Semoga pengalaman yang para pelajar lalui disini mampu menjadi titik permulaan untuk mereka hadir ke perpustakaan di masa akan datang.
- Published in Aktiviti, Aktiviti 2024, Arkib Aktiviti
Hari Kanak-Kanak Tahun 2024
Wednesday, 2025
18 DISEMBER 2024 | RABU
PERPUSTAM telah dijemput bagi mengadakan pameran bersempena Hari Kanak-Kanak Tahun 2024 bertempat di Sekolah Kebangsaan Kelebang Besar, Melaka.
PERPUSTAM telah menyediakan Perkhidmatan u-Pustaka : u-Library , Zon Bacaan Digital, Keahlian PERPUSTAM, BookR Class, Permainan Interaktif seperti Augmented Reality (AR) dan Virtual Reality (VR) serta Jualan Buku.
Terima kasih kepada pihak sekolah atas jemputan ini. Semoga pengalaman yang murid-murid rasai harini mampu melahirkan perasan minat untuk hadir ke perpustakaan.
- Published in Aktiviti, Aktiviti 2024, Arkib Aktiviti
NOTIS MAKLUMAN
Wednesday, 2025
Adalah dimaklumkan perkhidmatan pangkalan data e-pembelajaran u-Pustaka iaitu I-LEARN ACE dan TUTOR INFINITI dihentikan perkhidmatannya sementara waktu sehingga dimaklumkan semula.
Segala kesulitan amatlah dikesali
- Published in Arkib Pengumuman, Pengumuman
13 DISEMBER 2024 | JUMAAT
Pada hari ini, PERPUSTAM telah menyambut kedatangan adik-adik dari Pasti Little Ameer Taman Peringgit Jaya yang disertai seramai 48 murid dan 7 guru pengiring.
Sepanjang berada di PERPUSTAM, adik-adik dipersembahkan dengan pelbagai aktiviti menarik antaranya persembahan boneka, kuiz, sesi menari bersama, sesi bercerita bersama Abang Fikri yang bertajuk ‘Harimau Memusuhi Kucing’ dan permainan interaktif.
Terima kasih atas kesudian memilih PERPUSTAM sebagai lokasi pilihan untuk mengisi sesi pembelajaran adik-adik.
- Published in Aktiviti, Aktiviti 2024, Arkib Aktiviti