29 MEI 2024 | PAPER PLANE & STACKING PAPER CUP
Hari demi hari silih berganti, aktiviti cuti sekolah sudah masuk hari ketiga. Sesi pagi dimulakan dengan aktiviti bersama Abang Lokman. Aktiviti ini mudah sahaja dimana adik-adik perlu membuat kapal terbang kertas mengikut daya kreatif adik-adik dengan menggunakan kertas pelbagai warna yang disediakan. Kemudian, adik-adik perlu menerbangkan kapal terbang kertas tersebut ke udara. Kapal terbang yang paling lama terbang di udara dikira pemenang. Terlihat telatah lucu adik-adik ketika menerbangkan kapal terbang masing-masing.
.
Sementara menunggu aktiviti sesi petang bermula, diselitkan satu slot bercerita bersama Kak Ain. Tak sangka adik-adik begitu teruja dan fokus ketika mendengar cerita dari Kak Ain. Manakala Ibu bapa pun turut serta.
.
Sesi petang pula diriuhkan lagi dengan aktiviti bersama Abang Amir. Aktiviti ini tidak semudah yang dijangkakan dimana adik-adik diberi beberapa tindihan cawan kertas dan salah satu cawan itu bertanda hitam yang kedudukannya diletakkan paling bawah. Adik-adik perlu menanggalkan setiap cawan kertas itu satu persatu kemudian tindihkan semula sehingga cawan kertas bertanda hitam itu berada diatas. Peserta terpantas akan berentap sehingga peringkat akhir.
.
Syabas dan tahniah kepada semua pemenang dan kepada yang masih belum menang, jangan risau kerana masih ada 2 hari lagi berbaki. Terima kasih kepada semua yang hadir. Ayuh semua ajaklah kawan-kawan, ahli keluarga dan sanak saudara untuk datang ke Perpustakaan bagi memeriahkan lagi suasana cuti sekolah. Tanpa anda Perpustakaan akan sepi.