10 DISEMBER 2024 | SELASA
PERPUSTAM telah mengadakan satu Kursus Penggunaan Automated External Defibrillator (AED) kepada semua kakitangan Bahagian Perkhidmatan Perpustakaan bertempat di Dewan Tuah. Kursus ini telah disampaikan oleh Encik Ikmal Hijaz daripada Syarikat ALTICA.
PERPUSTAM komited bagi memastikan semua kakitangan khususnya Bahagian Perkhidmatan mempunyai kefahaman dalam tatacara penggunaan AED yang betul. Untuk pengetahuan semua, PERPUSTAM telah memasang satu alat AED di ruang legar pintu masuk perpustakaan negeri. Hal ini bagi memberi kemudahan kepada orang awam untuk menggunakannya sekiranya berlaku situasi kecemasan.
Semoga pengisian kursus ini mampu memberi satu ilmu baharu kepada semua kakitangan yang terlibat sekiranya berlaku kecemasan, kakitangan mampu melaksanakan tugas sebagai penyelamat awal kepada mangsa sekaligus nyawa mangsa boleh diselamatkan.