05 October 2023 (KHAMIS)
Perbadanan Perpustakaan Awam Melaka (PERPUSTAM) menerima lawatan dari negeri jiran kita iaitu Sekolah Kebangsaan Api-Api, Johor . Seramai 38 orang pelajar dan 4 orang guru pengiring hadir untuk lawatan ini. Antara aktiviti yang dijalankan ialah :
1) Lawatan Berpandu
2) Bengkel Literasi Maklumat
3) Bengkel Kepimpinan Pengawas Pusat Sumber
Terima kasih kerana sudi mengunjungi Perbadanan Perpustakaan Awam Melaka (PERPUSTAM)
- Published in Aktiviti, Aktiviti 2023, Arkib Aktiviti
No Comments
Program Karnival Semarak Cinta Rasul
Tuesday, 2023
Perbadanan Perpustakaan Awam Melaka (PERPUSTAM ) telah menyertai pameran dan jualan buku pada 30 September dan 1 Oktober 2023 di Program Karnival Semarak Cinta Rasul sempena Sambutan Maulidur Rasul 1445H peringkat Negeri Melaka yang diadakan di Dataran Pusat Islam Melaka.
Majlis perasmian penutup program telah dilakukan oleh Exco Pendidikan, Pengajian Tinggi dan Hal Ehwal Agama Melaka, Datuk Rahmad Mariman yang turut melawat reruai pempamer termasuk reruai PERPUSTAM. Turut mengiringi ialah Pengarah Jabatan Agama Islam Melaka (JAIM) Ybhg Datuk Badaruddin Bin Mohd Kassim dan Timbalan Exco Pendidikan, Pengajian Tinggi dan Hal Ehwal Agama Melaka yang juga Pengerusi PERPUSTAM, YB Tuan Haji Rosli bin Abdullah.
- Published in Aktiviti, Aktiviti 2023, Arkib Aktiviti
Perarakan Maulidur Rasul Peringkat Negeri Melaka 2023
Tuesday, 2023
SALAM MAULIDUR RASUL 1445H
Semoga cinta dan kasih sayang kita kepada junjungan besar Rasulullah SAW akan terus mekar dalam diri.
Mari kita bersama-sama berselawat ke atas Baginda SAW.
PERPUSTAM turut menghantar Kontijen menyertai Perarakan Maulidur Rasul Peringkat Negeri Melaka 2023 yang bertemakan ‘PERPADUAN TERAS MALAYSIA MADANI’ dari Stadium Tun Fatimah, Bukit Serindit sehingga Dataran Pusat Islam Melaka.
- Published in Aktiviti, Aktiviti 2023, Arkib Aktiviti