Perbadanan Perpustakaan Awam Melaka (PERPUSTAM ) telah menyertai pameran dan jualan buku pada 30 September dan 1 Oktober 2023 di Program Karnival Semarak Cinta Rasul sempena Sambutan Maulidur Rasul 1445H peringkat Negeri Melaka yang diadakan di Dataran Pusat Islam Melaka.
Majlis perasmian penutup program telah dilakukan oleh Exco Pendidikan, Pengajian Tinggi dan Hal Ehwal Agama Melaka, Datuk Rahmad Mariman yang turut melawat reruai pempamer termasuk reruai PERPUSTAM. Turut mengiringi ialah Pengarah Jabatan Agama Islam Melaka (JAIM) Ybhg Datuk Badaruddin Bin Mohd Kassim dan Timbalan Exco Pendidikan, Pengajian Tinggi dan Hal Ehwal Agama Melaka yang juga Pengerusi PERPUSTAM, YB Tuan Haji Rosli bin Abdullah.