Sesi Latihan Secara Hands On Explorasi Digital@u-Pustaka (Pangkalan Data) Peringkat Zon Selatan bagi Tahun 2024 telah diadakan pada 5 & 6 November 2024 bertempat di Dewan Tuah yang dihoskan oleh Perbadanan Perpustakaan Awam Melaka (PERPUSTAM).
Sesi latihan yang dianjurkan oleh Perpustakaan Negara Malaysia (PNM) ini melibatkan 7 pembekal perkhidmatan pangkalan data selaku tenaga pengajar yang terdiri daripada Odilo, J-Gate, Me Books, i-Learn Ace, Ookbee Buffet, BLIS dan Tutor Infiniti.
Peserta latihan terdiri daripada kakitangan Perbadanan Perpustakaan Awam Melaka (PERPUSTAM), Perbadanan Perpustakaan Awam Negeri Sembilan (PPANS), Perbadanan Perpustakaan Awam Johor (PPAJ) dan Perpustakaan Desa PNM, Melaka. Pada sesi latihan ini peserta diajar dan didedahkan dengan cara mengakses pangkalan data u-Pustaka : u-Library dengan lebih mudah dan terperinci.
Terima kasih kepada Perpustakaan Negara Malaysia (PNM) atas penganjuran dan semoga para peserta dapat memanfaatkan ilmu yang dipelajari sepanjang sesi latihan diadakan untuk meluaskan lagi perkhidmatan u-Pustaka : u-Library kepada masyarakat.