Pada 6 November 2025 (Khamis), Perbadanan Perpustakaan Awam Melaka (PERPUSTAM) telah menerima Sijil Penghargaan atas penyertaan dalam inisiatif Dashboard H.E.M.A.T. sempena Majlis Perjumpaan Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam (KPPA) bersama Pegawai Awam Negeri Melaka yang berlangsung di Iskandar Shah Grand Ballroom, MITC, Ayer Keroh.
Pengiktirafan ini diberikan kepada inisiatif Perpustakaan Digital Melaka, yang diiktiraf sebagai amalan terbaik dalam meningkatkan kecekapan, ketelusan dan inovasi perkhidmatan awam.
Sijil penghargaan tersebut telah disampaikan oleh YBhg. Tan Sri Wan Ahmad Dahlan bin Haji Abdul Aziz, Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam kepada YBrs. Encik Mohamed Aizammuddy bin Mohamed Idris, Pengarah PERPUSTAM.









